JAKARTA: Dua wakil e-sukan negara, Team Haq dan Todak berjaya melangkah ke pusingan 'knockout stage' Kejohanan Dunia M4 Mobile Legend selepas meraih mata berharga di peringkat kumpulan.
Kedua-dua pasukan kini di kelompok 'upper bracket' apabila Team Haq bakal mendapat tentangan sengit Echo (Filipina) hari ini dan Todak berdepan pasukan tuan rumah RRQ Hoshi pada Sabtu.
Pengasas Team Haq Esports Club, Aiman Haq menzahirkan rasa syukur mencipta sejarah sebagai pasukan kedua dari Malaysia untuk mara ke persaingan seterusnya dalam aksi sulung kejohanan.
"Kejayaan yang dicapai setakat ini tentunya menjadi peluang untuk seluruh pemain mengasah lagi kemampuan dan mendapatkan pengalaman berharga," katanya.
Di peringkat kumpulan, Todak unggul di tempat pertama Kumpulan B, mengatasi tiga pasukan lain - Onic Esports (Indonesia), Malvinas Gaming (Peru) dan MDH Esports (Vietnam).
Team Haq pula berada di tempat kedua Kumpulan D setelah tewas kepada RRQ Akira (Brazil), namun menang ke atas The Valley (Amerika Syarikat) dan Gaming (Argentina).
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan mara dengan berada di 'upper bracket' peringkat 'knockout stage' dan selebihnya ke 'lower bracket'.
Jurulatih Team Haq, Khairul Azman Mohd Sharif berkata, pasukannya berada di landasan yang betul meskipun tewas di perlawanan pertama, tetapi bangkit pada baki dua perlawanan peringkat kumpulan.
"Kejayaan ke peringkat 'upper bracket knockout stage' sangat membanggakan dan buat julung kalinya dua pasukan Malaysia di kedudukan 'upper bracket' ini," katanya.
"Kami ada banyak strategi tetapi masih mengekalkan identiti Team Haq dengan game play kami walaupun sudah dibaca oleh pihak lawan. Namun, mereka masih tidak ada cara bagi mematikan gerakan kami," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023
Team Haq berada di tempat kedua Kumpulan D setelah tewas kepada RRQ Akira (Brazil), namun menang ke atas The Valley (Amerika Syarikat) dan Gaming (Argentina). - Gambar Facebook Team Haq Esports Club
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
MPL MY musim ke-12: Prestasi luar biasa Team Haq, perkukuh laluan menuju pusingan playoffs
Team Haq terus pamer aksi cemerlang pada minggu kedua Kejohanan Mobile Legends Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) Musim ke-12.
Team Haq, Todak lulus ke upper bracket knockout stage
Dua wakil e-sukan negara, Team Haq dan Todak berjaya melangkah ke pusingan 'knockout stage' Kejohanan Dunia M4 Mobile Legend.
Ubah stigma, calon PRU15 perlu lebih cakna tentang e-sukan
Seiring dengan arus kemodenan teknologi, juara Grand Final Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim Ke-10, skuad team Haq berharap calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih cakna.
PM ucap tahniah kepada Team Haq, juara MPL MY
Kejayaan seperti itu adalah bukti negara mempunyai bakat muda yang perlu disokong dan digilap.
Team Haq lakar kejutan muncul juara baharu MPL
Ia sekali gus melayakkan mereka beraksi di Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 di Jakarta, Indonesia tahun depan.