PETALING JAYA: Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
Menjelang pertemuan penting menentang Taiwan dalam aksi terakhir Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok, jurulatih berusia 55 tahun dari Korea Selatan itu berkata tekanan yang dialaminya kini lebih besar daripada jangkaan.
Bekas pengarah pasukan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) itu berkata tekanan itu semakin meningkat setiap hari dan setiap kali dia mencapai sesuatu dengan pasukan.
"Tekanan ini lebih daripada jangkaan dengan barisan kejurulatihan banyak menyumbang perkara baik.ke arah mengubah falsafah pasukan kebangsaan, mencorak ciri-ciri pasukan dan kadar kemenangan perlawanan di laman sendiri jauh lebih tinggi daripada sebelumnya.
"Kami layak secara merit ke Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh lebih 40 tahun dan mencabar kelayakan Piala Dunia sehingga saat terakhir. Persekitaran seperti ini kita sediakan kepada negara di sini tetapi tidak menjangkakan lebih banyak tekanan dari semasa ke semasa,
"Dari hari pertama saya di sini, sokongan sangat baik, semua orang menyokong, segala yang saya minta disediakan. Tetapi, dari semasa ke semasa, apabila saya mencapai sesuatu....saya tidak tahu sama ada ia negatif...inilah yang saya rasa," katanya pada sidang media praperlawanan Malaysia-Taiwan di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini.
Bagaimanapun Pan Gon menegaskan mereka akan berjuang dalam apa jua keadaan tanpa berputus asa atau rasa gementar dan meneruskan semangat untuk terus maju ke hadapan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan Korea Selatan berhubung cabaran yang dihadapinya sebagai jurulatih asing di sini termasuk terpaksa berdepan dengan harapan tinggi yang disandarkan kepada Harimau Malaya.
Ini adalah kali kedua dalam tmpoh enam bulan Pan Gon membuat kenyataan mengenai tekanan yang dihadapinya dengan pasukan kebangsaan dengan pertama kali semasa sidang media praperlawanan menjelang pertemuan terakhir kumpulan E Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan di Doha, Qatar, Januari lalu.
Harimau Malaya menyasarkan untuk meraih kemenangan besar menentang Taiwan esok untuk menghidupkan semula peluang untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak awal ke Piala Asia 2027.
Malaysia kini berada di tempat ketiga Kumpulan D dengan tujuh mata - tiga mata di belakang pasukan tangga kedua Kyrgyzstan yang juga mempunyai kelebihan perbezaan gol menjelang perlawanan terakhir, manakala Oman mengungguli kumpulan dengan 12 mata dan melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Dalam perlawanan terakhir kumpulan, Malaysia dalam keadaan bolos dua gol (-2) akan melayan Taiwan, manakala Kyrgyzstan dengan kelebihan enam gol (+6) gol akan bertandang ke Muscat untuk menentang Oman.
Sekiranya gagal mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia perlu bersaing di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 untuk peluang membuat penampilan kedua berturut-turut dalam kejohanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024
Pan Gon berkata tekanan itu semakin meningkat setiap hari dan setiap kali dia mencapai sesuatu dengan pasukan. - Gambar fail/Bernama
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.
Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.