Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (TEMCO) di beberapa kawasan di Kedah tidak menjejaskan latihan dan persiapan skuad Lang Merah khususnya untuk berdepan Sabah pada 21 September ini.
Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata para pemain kendaliannya sedang dalam proses penyesuaian terhadap kebiasaan baharu termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang latihan.
Jelas Aidil Sharin yang juga bekas pemain bola sepak Singapura, pengalaman yang dimiliki ‘anak buahnya’ itu digunakan sebaik mungkin untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa.
“Bagi saya sebagai jurulatih, saya hanya melakukan perkara normal dan setakat termampu. Tetapi kakitangan pelatih yang lain, mereka perlu melakukan banyak kerja untuk membuat persiapan seperti tidak boleh berkongsi air, (kedudukan) botol-botol perlu dijarakkan, dan saya rasa mereka melakukan dengan baik.
“Saya fikir para kakitangan jurulatih dan pemain sangat memberi kerjasama antara satu sama lain dan ia bukan satu masalah (yang besar).
“Sudah tentu, seperti saya beritahu baru-baru ini memang ada sedikit kesukaran untuk menyesuaikan (keadaan norma baharu) tetapi selepas itu para pemain dan pegawai boleh mematuhi SOP dengan baik. Saya fikir ini merupakan suatu yang baik kepada semua kerana kita tidak boleh ambil mudah dengan virus-virus (COVID-19) yang ada sekarang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Sementara itu, mengulas mengenai tahap kesihatan Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim, Aidil Sharin berkata, ketiadaan penjaga gol skuad hijau kuning dalam aksi pertemuan dengan Sabah Isnin ini tidak menjejaskan prestasi pasukan berkenaan.
Jelas bekas pengendali Home United itu, posisi Mohd Ifwat akan diganti oleh Shahril Saari, yang sebelum ini turut mempamerkan prestasi cemerlang dalam beberapa perlawanan.
“Kita tidak boleh ambil risiko kerana dia (Ifwat Akmal) tidak berada dalam keadaan yang baik… saya fikir sekurang-kurangnya dua minggu (dia perlu berehat) dan juga bergantung kepada bila dia boleh kembali (beraksi).
“Tetapi sudah tentu kita ada seorang lagi penjaga gol iaitu Shahril, dan dia telah melakukan dengan baik dalam beberapa perlawanan termasuk Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Selangor dan perlawanan terakhir bersama Felda (United).
“Jadi, tiada masalah dalam penggantian (penjaga gol) kerana saya rasa kita ada dua penjaga gol dalam pasukan, dan sudah tentu akan beraksi dalam perlawanan menentang Sabah akan datang,” ujarnya.
Dalam pada itu, Aidil Sharin berkata pasukan Kedah sudah bersiap sedia menghadapi Sabah, dan memerlukan sekurang-kurangnya tiga mata dalam perlawanan akan datang untuk berada selesa dalam saingan liga.
Terdahulu, perlawanan Kedah menentang Sabah yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini terpaksa ditunda pada 21 September atas faktor keselamatan berikutan peningkatan kes COVID-19 di dua negeri berkenaan.
Kedah masih lagi konsisten dengan tiga kemenangan berturut-turut sebaik sahaja Liga Malaysia kembali bersambung pada 28 Ogos lalu, selain berada di kedudukan kedua liga dengan 13 mata, setakat ini.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 16 2020
Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata para pemain kendaliannya sedang dalam proses penyesuaian terhadap kebiasaan baharu termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang latihan - Gambar BERNAMA
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
JDT-KCFC: Bidoglio tidak puas hati prestasi anak buah
Beliau berkata para pemain tidak memberikan prestasi sepenuhnya, dan mereka perlu memperbaikinya.
Khairul Azman ucap selamat tinggal buat KDA FC
Khairul Azman merupakan individu kedua melangkah keluar dari kelab itu selepas bekas pengendali Aidil Sharin Sahak pada Isnin.
KDA FC umum penamatan khidmat ketua jurulatih Aidil Sharin
Ahli lembaga pengarah kelab memberi keutamaan kepada perancangan bagi musim 2023.
Penalti diperoleh JDT lemahkan moral pemain KDA FC - Aidil Sharin
Sepakan penalti dan kesilapan pemain pertahanan yang menghadiahkan gol mudah kepada JDT dilihat menjadi faktor KDA FC gagal meraih mata.
Pemain KDA FC perlu belajar dari kesilapan - Ketua Jurulatih
Pemain perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dan tidak mensia-siakannya.
Liga Super: Kesempatan Kedah Darul Aman turunkan lima import sekali gus
Selangor dianggap mempunyai motivasi terbaik selepas menundukkan Sabah di laman lawan.
Aidil Sharin puji persembahan anak buah benam Sarawak United
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama, pasukannya masih berjaya mengawal perlawanan dengan baik.
Aidil Sharin puas hati persembahan pemain muda KDA FC
Walaupun tanpa kesebelasan utama dan pemain import, pemain muda yang diturunkan berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Syafiq Ahmad kembali sarung jersi Kedah
Ia mampu beri kekuatan baharu dalam corak serangan skuad Hijau Kuning bagi menempuhi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.
Pasukan KDA FC punyai semangat juang begitu tinggi - Sanusi
Presiden KFA Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau berbangga dengan persembahan dipamerkan anak buah ketua jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak.