awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempah 'rematch' saya untuk Moscow, kata Conor McGregor

Haider Yutim
Haider Yutim
08/09/2019
23:11 MYT
Tempah 'rematch' saya untuk Moscow, kata Conor McGregor
Khabib sebelum ini pernah berkata McGregor tidak layak untuk 'rematch' dengannya kerana tidak memenangi apa-apa petarungan MMA sejak tiga tahun lalu. - Gambar fail/AP
SELEPAS menyaksikan Khabib Nurmagomedov menjulang takhta lightweight untuk kali kedua, Conor McGregor dengan pantas meluahkan hasrat untuk sekali lagi bertembung dengan bekas pesaingnya itu.
McGregor menerusi kenyataan ringkas di Twitternya seolah-olah tidak puas hati dengan kemenangan yang diraih Khabib ke atas Dustin Poirier dalam acara UFC 242 di Abu Dhabi pada Ahad.
BACA: Khabib tumpaskan Poirier, kekalkan kejuaraan lightweight UFC
Bekas juara dunia dari Ireland itu memberi bayangan mahukan pertarungan ulangan dengan Khabib selepas tewas dengannya pada Oktober tahun lalu.
“Tempah pertarungan ulangan saya untuk Moscow,” katanya dalam Tweet tersebut sejurus selepas tamatnya perlawanan antara Khabib dengan Poirier.
Book my rematch for Moscow.
— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) September 7, 2019
Ini bukanlah kali pertama McGregor menyatakan hasrat untuk mengadakan pertarungan ulangan dengan Khabib.
Khabib sebelum ini pernah berkata McGregor tidak layak untuk 'rematch' dengannya kerana tidak memenangi apa-apa petarungan seni bela diri campuran (MMA) sejak tiga tahun lalu.
BACA: McGregor tidak layak untuk 'rematch' dengan saya - Khabib
Presiden UFC, Dana White dalam satu kenyataan bagaimanapun tidak menolak kemungkinan boleh berlakunya pertarungan itu seandainya ada perubahan dalam jadual perlawanan Khabib yang seterusnya.
Katanya UFC sudah pun mengesahkan Khabib akan bertemu pertarung Amerika Syarikat, Tony Ferguson, namun belum menyatakan tarikh untuk perlawanan tersebut.
“Selepas ini giliran Tony Ferguson untuk bertarung (dengan Khabib), jika dia menerima tawaran itu.
“Kita tengok macam mana, bila Khabib mahu berlawan lagi dan jika Tony mahu berlawan.
“Jika atas sebab tertentu Tony tidak dapat menerima perlawanan itu, atau tidak mahu berlawan pada masa itu, dan baharulah kita akan fikirkan apa seterusnya,” kata White dalam sidang media di UFC 242.
Khabib, 30, dari Rusia berjaya mengekalkan kejuaraan dunia lightweight UFC selepas mengalahkan Poirier selaku juara interim lightweight menerusi 'submission' (kuncian) pada minit 2:06 pusingan ketiga.
Keputusan pertarungan yang menentukan siapa juara sebenar lightweight ini sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib kepada 28 kemenangan tanpa kalah.
Topic Berkaitan
#Abu Dhabi
#Conor McGregor
#Dustin Poirier
#Khabib Nurmagomedov
#lighweight world champion
#Mixed Martial Arts
#MMA
#pertarungan ulangan
#rematch
#seni bela diri campuran
#UFC
#UFC 242
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan