awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ten Hag alu-alukan pelabur baru Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
15/12/2022
04:59 MYT
Ten Hag alu-alukan pelabur baru Manchester United
Erik ten Hag sebelum perlawanan persahabatan antara Cadiz dan Manchester United di Estadio Nuevo Mirandilla, Cadiz, Sepanyol, 7 Dis 2022. REUTERS
MANCHESTER United yang bakal dijual oleh keluarga Glazer merupakan satu perkembangan positif buat kelab, menurut pengurus, Erik ten Hag.
Keluarga Glazer, yang memiliki United sejak 2005, bulan lalu mengumumkan mereka sedia melepaskan kelab itu kerana ingin "meneroka alternatif strategik".
Terdapat tekanan yang makin meningkat ke atas Glazer dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan protes yang lazimnya dilihat daripada peminat berikutan hala tuju kelab itu yang makin mengecewakan.
Tatkala United berusaha bersaing dengan kekuatan kewangan Manchester City termasuk pemilik baru Newcastle United dari Arab Saudi, Ten Hag berasakan pelaburan baru di Old Trafford akan menjadi berita yang menggembirakan untuk kelab itu.
"Lebih banyak pelaburan lebih bagus," kata Ten Hag.
One week today, we'll be back home #MUFC || #CarabaoCup pic.twitter.com/ti14cHTXUA
— Manchester United (@ManUtd) December 14, 2022
"Kami (Ten Hag dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Richard Arnold) bercakap tentang budaya yang ingin kami terapkan, kami bercakap tentang objektif, matlamat dan budaya dan dia mengesahkan ia tidak akan berubah.
"Ia akan menjadi lebih baik memandangkan lebih banyak wang akan tersedia untuk projek ini."
Topic Berkaitan
#Manchester United
#pelaburan
#Erik ten Hag
#pemilik baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan