Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, pada Jumaat mengumumkan akan bertanding jawatan exco Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2015-2018.
Baginda bakal bertanding bersama lima calon lain bagi merebut tiga kerusi yang diperuntukkan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Tengku Abdullah bertitah keputusan untuk bertanding dibuat selepas menerima sokongan padu daripada anggota exco FAM serta ahli gabungan AFC dan Persekutuan
Bola Sepak Asean (AFF).
Menerusi kempen di bawah moto '1Asia 1Suara', Tengku Abdullah, yang mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam dunia bola sepak, berharap untuk menyatukan benua Asia supaya muncul sebagai kuasa besar dunia pada masa depan.
"Saya berhasrat untuk berkhidmat kepada Asia sebagai pemain pasukan di peringkat global, pada masa sama bekerja dengan Presiden FIFA, Datuk Joseph Sepp Blatter dan Presiden AFC Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa untuk membawa benua Asia ke tahap yang sepatutnya iaitu kuasa besar dunia dalam bola sepak.
"Saya bangga untuk menyatakan bahawa saya telah mendapat restu mereka untuk bertanding. Malah, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah memberi sokongan penuh bahawa saya akan menjadi salah satu calon yang menang," titah baginda kepada pemberita semasa pengumuman khas mengenai perkara itu di sini.
Tengku Abdullah bertitah sekiranya dipilih, baginda berharap untuk mendapatkan lebih banyak slot untuk Asia dalam pusingan final Piala Dunia, sambil menambah negara-negara Asia perlu diberikan peranan yang lebih penting dalam badan pentadbir bola sepak dunia.
"Kami adalah benua terbesar...kita harus mula memainkan peranan. Sebagai anggota exco FIFA akan datang, saya percaya kita (negara-negara Asia) perlu diberi lebih banyak tempat pada pusingan final Piala Dunia berbanding empat slot ketika ini.
"Selain itu, saya juga percaya tempat kita dalam FIFA itu sendiri perlu ditambah," titah baginda, yang juga Tengku Mahkota Pahang.
Mengenai lima lain calon lain, baginda, yang juga naib presiden AFC, bertitah, pencabarnya masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri tetapi baginda percaya hubungan baik dengan ahli gabungan FIFA bakal menjadi kunci kejayaan seseorang calon itu.
Adalah difahamkan lima calon lain adalah daripada Thailand, Jordan, Jepun, Korea Selatan dan Qatar.
Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah bertitah walaupun menerajui Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Persekutuan Hoki Asia (AHF) tetapi ia bukan penghalang untuk berkhidmat dalam mana-mana persatuan sukan selagi mampu menguruskan masa dengan bijak.
"Seperti saya katakan sebelum ini, saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden MHC pada pemilihan akan datang. Saya hanya mahu sukan itu berada dalam keadaan stabil, biar orang lain mengambil alih jawatan itu. Saya akan hanya memantau daripada perspektif yang berbeza," titahnya.
Pemilihan tiga calon dari benua Asia bagi jawatan exco FIFA akan diputuskan pada Kongres AFC yang dijadual diadakan di sini pada April atau Mei tahun lepas. -- Astro Arena
Astro Arena
Sat Oct 18 2014
Tengku Abdullah bakal bertanding bersama lima calon lain bagi merebut tiga kerusi yang diperuntukkan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.