awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi lebih RM100,000 diperdaya 'scammer'
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS tetapi tinggi berbanding mata wang utama
Sah! BTS jelajah ke KL, bakal pukau 200,000 ARMY
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Hazman puji prestasi pemain raih kemenangan

Bernama
Bernama
14/01/2026
01:00 MYT
Tengku Hazman puji prestasi pemain raih kemenangan
Pemain TFC Akhyar Rashid (dua, kiri) diasak oleh pemain DPMM FC, Yura Indra Putera Pengiran Yusof pada aksi Liga Super 2025-2026 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. - Foto BERNAMA
KUALA NERUS: Pemangku ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Tengku Hazman Raja Hassan memuji persembahan anak buahnya selepas menundukkan DPMM FC 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi.
Pengendali berusia 48 tahun itu berkata walaupun dicengkam keletihan susulan jadual perlawanan yang agak padat, pemain tetap mempamerkan semangat juang tinggi demi memastikan kemenangan milik skuad Penyu.
"Saya rasa malam ini dari segi permainan, hantaran dan keseluruhan saya berpuas hati. Walaupun kita baru balik dua hari lepas dari Kuala Lumpur, pemain memberi persembahan terbaik dan komitmen yang tinggi.
"Memang nampak ketara pemain keletihan. Saya berterima kasih kepada semua pemain untuk kemenangan kedua pada malam ini," katanya selepas perlawanan Liga Super menentang DPMM FC di SSMZA malam tadi.
Tengku Hazman turut memuji tonggak import tengah baharu Panshanbe Ehsoni yang dapat menyesuaikan diri dengan cepat bersama pasukan.
Sementara itu, pengendali DPMM FC Jamie McAllister berkata kelemahan di zon serangan akhir menyebabkan pasukan gagal mencipta sebarang jaringan meskipun beroleh beberapa peluang.
"Kita kekurangan dari segi membuat keputusan di zon serangan. Kami mencipta beberapa peluang baik pada masa pertama namun gagal membuat keputusan tepat atau pelaksanaan yang kemas.
"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan sikap dan semangat juang pemain. Kami bermain dengan baik sebagai satu pasukan. Haimie (penjaga gol) juga melakukan tugasan dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TFC
#DPMM FC
#tengku hazman raja hassan
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan