awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM

Sinar Harian
Sinar Harian
19/10/2023
01:45 MYT
Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz meluahkan rasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan. - Gambar fail BERNAMA
TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meluahkan rasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.
Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri melihat kepercayaan itu sebagai satu penghormatan yang besar, namun enggan membuat sebarang kenyataan sehingga berjumpa dengan ahli majlis BAM.
“Saya dengan rasa rendah diri amat menghargai keputusan yang dibuat oleh ahli majlis BAM. Saya teruja untuk bertemu mereka.
“Tidak adil untuk buat sebarang kenyataan sehinggalah saya bertemu dan mendengar pandangan daripada mereka,” katanya ketika ditemu bual menerusi podcast bersama BFM 89.9 baru-baru ini.
Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebelum ini mengumumkan Tengku Zafrul dipilih secara sebulat suara oleh ahli majlis badan induk itu bagi menggantikan tempatnya bermula Januari depan.
Mohamad Norza pada Ogos lalu mengumumankan bakal mengosongkan kerusi nombor satu badan induk itu lebih awal - akhir tahun ini berbanding selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024.
Tengku Zafrul juga mengakui harapan tinggi yang diletakkan untuk badminton memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024.
“Mengenai sasaran emas (Olimpik Paris), kita lihat nanti,” jelasnya yang mahu menjadikan badminton sebagai 'alat' penyatuan semua rakyat Malaysia.
Malah, beliau turut menamakan bekas jaguh, Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain badminton negara yang diminatinya.
“Sukan menyatukan semua. Selain bola sepak, badminton juga adalah sukan utama yang boleh menyatukan semua. Saya mahu lihat perkara itu di Malaysia,” ujar Tengku Zafrul. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Persatuan Badminton Malaysia
#Tengku Zafrul Presiden BAM
#sukan badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan