awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Dubai: Sinner jumpa Murray, Kachanov bertemu Djokovic

Astro Arena
Astro Arena
23/02/2022
02:30 MYT
Tenis Dubai: Sinner jumpa Murray, Kachanov bertemu Djokovic
Pemain nombor 10 dunia itu mengelakkan kekalahan dengan aksi getir penentuan tie-break dalam set kedua. - Astro ARENA
JANNIK Sinner menyelamatkan tiga mata akhir bagi mengelak daripada dikejutkan Alejandro Davidovich Fokina dalam perlawanan pusingan pertama Kejohanan Tenis Dubai awal pagi tadi.
Selepas tewas set pertama, pemain nombor 10 dunia itu mengelakkan kekalahan dengan aksi getir penentuan tie-break dalam set kedua.
Pemain pilihan keempat itu kemudian mempamerkan aksi lebih meyakinkan dalam set ketiga untuk menewaskan Davidovich Fokina, 4-6, 7-6, 6-3.
Sinner, yang akan bertemu bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray, dalam pusingan kedua berkata: "Ia satu perlawanan yang amat sukar. Saya mengenalinya tetapi kami tidak pernah menentang sesama sendiri.
"Ia merupakan perlawanan pertama sesama kami dan ia agak mencabar, menyelamatkan tiga mata akhir. Yang pertama, saya agak bernasib baik kerana ia terkeluar tetapi ia tidak keluar terlalu jauh," katanya.
Sementara itu, Karen Khachanov memerlukan hampir tiga jam waktu permainan untuk menewaskan Alex de Minaur.
Dengan kemenangan itu, Kachanov akan berdepan Novak Djokovic dalam pusingan kedua selepas pemain nombor satu dunia itu kembali menyertai kejohanan kompetitif susulan kontroversinya dalam Terbuka Australia bulan lalu.
Topic Berkaitan
#tenis
#Dubai
#Jannik Sinner
#Alejandro Davidovich
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan