awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis: Juara Grand Slam empat kali Naomi Osaka umum hamil

Bernama
Bernama
12/01/2023
03:00 MYT
Tenis: Juara Grand Slam empat kali Naomi Osaka umum hamil
Naomi, 25 tahun, memenangi Terbuka Australia pada 2019 dan 2021 dan juga merupakan juara Terbuka Amerika Syarikat pada 2018 dan 2020. - Gambar fail AP
ANKARA: Juara empat kali perseorangan wanita Grand Slam Naomi Osaka mengumumkan beliau hamil anak pertama hanya beberapa hari sebelum bermulanya Kejohanan Tenis Terbuka Australia 2023.
"Satu perkara yang saya nantikan ialah anak saya menonton satu daripada perlawanan saya dan berkata 'itu ibu saya'.
"Tahun 2023 bakal menjadi tahun yang penuh dengan pengajaran dan saya berharap dapat bertemu dengan anda semua di Terbuka Australia 2024," kata Osaka di Twitter, menurut Agensi Anadolu.
Pada minggu lalu, Osaka mengumumkan beliau menarik diri daripada kejohanan yang akan bermula pada 16 Januari di Melbourne itu.
Bintang tenis berusia 25 tahun itu memenangi Terbuka Australia pada 2019 dan 2021.
Beliau juga merupakan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2018 dan 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#naomi osaka
#hamil
#Terbuka Australia 2023
#tarik diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan