Skip to main content

Sukan

Tenis: Kecederaan ranapkan impian Carlos Alcaraz untuk terus beraksi musim ini

61667709319_ALCARAZ.jpg
ISTANBUL: Pemain tenis rangking utama dunia, Carlos Alcaraz terlepas peluang untuk beraksi pada baki kejohanan tahun ini akibat kecederaan otot perut, lapor Agensi Anadolu.

"Selepas saya menarik diri semalam dan dinilai oleh pasukan perubatan saya, @drlopezmartinez dan@JuanjoMoreno M, malangnya otot dalaman di dinding perut kiri koyak dan mengambil masa enam minggu untuk pulih," ciapnya Alcaraz di Twitternya pada Sabtu.

Berikutan kecederaan itu Alcaraz, 19, terpaksa menarik diri daripada Pusingan Akhir ATP dan Pusingan Akhir Piala Davis.

"Sukar dan menyakitkan untuk terlepas dua acara yang sangat penting bagi saya, namun saya perlu positif dan fokus pada pemulihan saya," katanya.

Pemain cemerlang Sepanyol ini merangkul juara perseorangan lelaki Terbuka AS 2022 sekali gus memenangi kejuaraan Grand Slam sulungnya.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video