awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Terbuka Australia 2021: Naomi Osaka mara ke separuh akhir

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
16/02/2021
03:17 MYT
Tenis Terbuka Australia 2021: Naomi Osaka mara ke separuh akhir
Seterusnya dalam pusingan separuh akhir, Osaka bakal bertemu sama ada Serena Williams atau Simona Halep yang akan beraksi sekitar jam 4.00 petang ini. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR:Menepati ramalan, pemain nombor tiga dunia, Naomi Osaka berjaya mara ke pusingan separuh akhir tenis Terbuka Australia 2021.
Jaguh kelahiran Jepun berusia 23 tahun itu menang mudah ke atas Hsieh Su-wei 6-2 dan 6-2 dalam aksi suku akhir di Rod Laver Arena, Melboune sebentar tadi.
Pada pusingan separuh akhir nanti, Osaka bakal bertemu sama ada Serena Williams atau Simona Halep yang akan beraksi sekitar jam 4.00 petang ini.
Terdahulu jaguh Taiwan, Hsieh memberikan aksi dan persembahan mantap selepas sebelum ini berjaya menundukkan beberapa bintang utama seperti Bianca Andreescu yang juga pemain nombor lapan dunia di pusingan kedua dengan 6-3 dan 6-2.
Malah pada pusingan keempat, Hsieh juga mencipta kejutan apabila berjaya menjinakkan Marketa Vondrousova dari Republik Czech dengan 6-4 dan 6-2.
Vondrousova sebelum itu juga dillihat berjaya menampilkan aksi konsisten sepanjang kejohanan berlangsung.
Sementara kemaraan Osaka juga dilihat sebagai pilihan utama kejohanan selepas berjaya merangkul trofi kejuaraan sama pada 2019 selepas menewaskan Petra Kvitova di aksi akhir.
Osaka kini dalam misi memburu trofi Grand Slam peribadinya yang keempat.
Topic Berkaitan
#Terbuka Australia
#naomi osaka
#Hsieh Su-wei
#Separuh Akhir
#Rod Laver Arena
#Serena Williams
#Simona Halep
#Grand Slam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan