awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
George Clooney, Amal dan anak kembar terima kewarganegaraan Perancis
Ukraine nafi serangan dron ke atas kediaman Putin, tuduh Rusia cuba gagalkan rundingan damai
Ops Luxury: JPJ Melaka sita enam kenderaan mewah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Terbuka Madrid: Berrettini membara sambut Zverev dalam final

Astro Arena
Astro Arena
09/05/2021
05:27 MYT
Tenis Terbuka Madrid: Berrettini membara sambut Zverev dalam final
Matteo Berrettini ketika beraksi menentang Casper Ruud semasa perlawanan separuh akhir kejohanan tenis Terbuka Madrid di Madrid, Sepanyol, 8 Mei 2021. (Foto AP)
MATTEO Berrettini akan berhitung dengan Alexander Zverev dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Madrid, tengah malam ini, selepas menjinakkan Casper Ruud 6-4, 6-4 dalam separuh akhir awal pagi tadi.
Pilihan kelapan itu sedang menikmati kejohanan sulung yang luar biasa di ibu negara Sepanyol berkenaan apabila hanya tercicir satu set dalam laluannya muncul pemain Itali pertama yang akan tampil dalam final Terbuka Madrid.
Berrettini, yang cemerlang dalam Terbuka Serbia bulan lalu, merupakan finalis ATP Masters 1000 Itali ketiga sejak siri itu diperkenalkan pada 1990 untuk mengekori jejak Fabio Fognini dan Jannik Sinner.
"Ia adalah satu perasaan yang luar biasa, lebih-lebih lagi selepas Monte Carlo di mana saya tidak berasa begitu bagus," katanya di laman sesawang ATP.
It all comes down to this! Who will take the @MutuaMadridOpen title? pic.twitter.com/arDDzUwx8A
— ATP Tour (@atptour) May 8, 2021
"Saya menang di Belgrade dan kini saya melangkah ke final, jadi saya tidak sabar-sabar lagi untuk berentap dengan Sascha (Zverev). Saya harap saya dapat menikmatinya esok seperti malam ini.
"Saya ada melihat aksinya (Zverev), dia bermain dengan sangat baik. Dia mantap. Pergerakannya bagus. Dengan ketinggiannya, dia benar-benar beraksi baik.
"Dia melakukan servis dengan baik. Dia mara ke final dengan mengalahkan Rafa (Nadal) dan Dominic (Thiem) yang mungkin dilabel sebagai pemain terbaik di tanah liat.
"Ini akan menjadi pertandingan yang mencabar, tetapi saya berada di final. Saya rasa dua pemain lelaki terbaik akan bersaing di antara satu sama lain."
Kategori wanita menyaksikan Aryna Sabalenka membenam pemain nombor satu dunia, Ashleigh Bart, 6-0, 3-6, 6-4.
Topic Berkaitan
#Matteo Berrettini
#tenis
#Alexander Zverev
#Terbuka Madrid
#Casper Ruud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan