awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung berapi di Kamchatka hambur abu setinggi 11.5km, amaran merah dikeluarkan
JKR Kelantan kesan tiga projek sakit
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Australia: Yew Sin-Ee Yi mara ke final, Tze Yong terkandas

Bernama
Bernama
19/11/2022
10:31 MYT
Terbuka  Australia: Yew Sin-Ee Yi mara ke final, Tze Yong terkandas
Perlawanan separuh akhir hari ini menyaksikan Yew Sin-Ee Yi, mengambil masa sejam 12 minit untuk menundukkan lawan mereka dengan keputusan 14-21, 21-17, 21-18. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke perlawanan akhir, kejayaan pertama mereka selepas lebih dua tahun, apabila mereka mengalahkan pemain China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong dalam Terbuka Australia 2022, hari ini.
Perlawanan separuh akhir hari ini menyaksikan Yew Sin-Ee Yi, pasangan pilihan keenam, mengambil masa sejam 12 minit untuk menundukkan lawan mereka dengan keputusan 14-21, 21-17, 21-18, dalam kejohanan di Quay Centre, Sydney.
Satu lagi pasangan China yang akan berentap dengan beregu nombor lapan dunia itu di peringkat final ialah Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, pilihan kelapan yang mengenepikan pasangan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dari Taiwan, dengan 12-21, 23-21, 24 -22 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Kali terakhir Yew Sin-Ee Yi mara ke final ialah dalam Thailand Masters 2020 yang menyaksikan mereka muncul sebagai juara selepas menewaskan pasangan China, Huang Kai Xiang-Liu Cheng, 18-21, 21-17, 21-17.
Sementara itu nasib malang membelenggu pemenang pingat perak perseorangan lelaki negara Sukan Komanwel Birmingham 2022, Ng Tze Yong, apabila dia ditumpaskan oleh Lu Guang Zu dari China, 18-21, 15-21.
Di peringkat final nanti Guang Zu akan berentap dengan Shi Yu Qi, selepas rakan senegaranya itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka dengan 21-16, 16-21, 21-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Australia
#beregu lelaki negara
#Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
#perlawanan akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan