awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Indonesia: Zii Jia kecewa walau lepasi pusingan awal

Bernama
Bernama
14/06/2022
10:35 MYT
Terbuka Indonesia: Zii Jia kecewa walau lepasi pusingan awal
Zii Jia yang menduduki ranking kelima dunia bagaimanapun kecewa dengan kualiti permainan ditampilkannya pada perlawanan hari ini. - Facebook Badminton Association of Malaysia
JAKARTA: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melepasi halangan pertama Terbuka Indonesia 2022 selepas menyingkirkan pemain Thailand Sitthikom Thammasin di Stadium Istora Senayan di sini hari ini.
Pemain berusia 24 tahun yang turun selaku pilihan keenam, memerlukan 41 minit sebelum menjinakkan pemain bukan pilihan itu 21-15, 21-14 untuk berdepan sama ada pemain Thomas Rouxel dari Perancis atau Sameer Verma dari India di pusingan kedua.
Zii Jia yang menduduki ranking kelima dunia bagaimanapun kecewa dengan kualiti permainan ditampilkannya pada perlawanan hari ini.
"Saya tidak berpuas hati 100 peratus, perlu lagi mengurangkan kesilapan mudah dan meningkatkan tahap fokus," katanya ketika ditemui Bernama.
Juara Kejohanan Badminton Asia 2022 yang masih dibayangi kekalahan kepada pemain tuan rumah Anthony Sinisuka Ginting di suku akhir Masters Indonesia pada Jumaat lepas bagaimanapun berharap dapat mencipta keputusan lebih baik kali ini.
"Memandangkan ia adalah kejohanan berturut-turut, saya rasa kebanyakan pemain agak letih. Saya fikir segalanya mengenai mental dan fokus untuk bertahan lebih lama dalam kejohanan. Itulah cabarannya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Terbuka Indonesia
#Sitthikom Thammasin
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan