KUALA LUMPUR: Pemain badminton lelaki utama negara Lee Zii Jia semalam terpaksa berhadapan satu lagi kekecewaan di Terbuka Malaysia, selepas tewas pada pusingan pertama ketika berhadapan pemain Jepun Kodai Naraoka.
Zii Jia selaku pemain nombor dua dunia, bermula dengan baik apabila memang 21-13 pada set pertama, namun pemain berkedudukan ketujuh dunia itu berjaya menyamakan kedudukan selepas menang 21-17 pada set kedua.
Selepas perlawanan sengit pada set kedia, Naraoka, 21, yang berjaya mengatasi Zii Jia dengan kemenangan 21-19 dalam masa satu jam dan 12 minit itu, akan berhadapan seorang lagi pemain negara Ng Tze Tong, pada peringkat seterusnya, hari ini.
Zii Jia juga mengalami nasib yang sama di Terbuka Malaysia sebelum ini.
Selain kekalahan beliau pada pusingan kedua kepada pemain bukan pilihan dari Indonesia Shesar Hiren Rhustavito tahun lepas, beliau juga tewas dalam pusingan pertama kepada pemain Thailand Suppanyu Avihingsanon pada edisi 2019.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, juara All England 2021 itu berkata beliau terpaksa menerima kepada permulaan yang buruk untuk musim 2023, namun berharap akan dapat melakukan yang lebih baik selepas ini.
"Saya rasa faktor angin itu lebih mencabar, sama bagi semua pemain, manakala Kodai lebih berkelebihan untuk perlawanan ini, kerana dia lebih bersabar dan bertahan.
"Ini adalah jalan yang saya pilih (untuk beraksi tanpa jurulatih), sama ada baik atau tidak, saya kena terima, tidak menyesal. Buat masa ini, Liew Daren akan terus kekal sebagai jurulatih," kata Zii Jia kepada media selepas kekalahan itu.
Zii Jia pada ketika ini dibimbing rakannya Daren, selepas Indra Wijaya berhenti melatihnya November tahun lepas.
Bercakap mengenai Terbuka India yang bermula minggu hadapan, beliau berkata tidak terdapat banyak perkara yang boleh diperbaiki dalam tempoh beberapa hari, namun mahu belajar daripada kesilapannya bagi melakukannya dengan lebih baik.
Terdahulu, Tze Yong tidak berhadapan banyak masalah bagi mengatasi pemain Ireland, Nhat Nguyen 21-4, 21-10.
"Bagi saya, ini bukan perlawanan yang senang, saya fokus mata demi mata, dan berjaya kawal angin lebih baik berbanding beliau, untuk menang. Naraoka pemain yang bagus, apa yang saya boleh janji, saya akan bagi cabaran esok," kata Tze Yong.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023

Zii Jia (gambar) kecewa selepas tewas kepada Naraoka pada Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil, 11 Jan 2023. --fotoBERNAMA

Semua projek rumah mampu milik baharu akan jalani ujian dan analisis - Nga
Semua projek perumahan mampu milik baharu di Malaysia akan menjalani ujian dan analisis bagi menyediakan rumah yang selesa didiami oleh golongan B40 dan M40.

Empat beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar
Empat kanak-kanak dipercayai adik beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu.

AWANI Ringkas: MOT usaha bangunkan aplikasi lupus kereta buruk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perdaya pelanggan: Bekas pengurus bank dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, denda RM1 juta
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap Chua, 45, selepas dia mengaku bersalah kepada satu daripada 17 pertuduhan yang dikenakan.

Anwar berbuka puasa, beramah mesra dengan komuniti Islam di Hainan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil komuniti Islam setempat serta delegasi Malaysia yang menyertai Forum Boao bagi BFA 2023.

ASEAN, China perlu bekerjasama tangani risiko, manfaatkan lonjakan ekonomi - Tengku Zafrul
Asean dan China perlu menangani empat risiko yang ada pada masa ini untuk memanfaatkan lagi peluang dalam ekonomi masing-masing.
![[TERKINI] Tiada gelora, kepimpinan Melaka bertukar [TERKINI] Tiada gelora, kepimpinan Melaka bertukar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016264/26099335711680100046951_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiada gelora, kepimpinan Melaka bertukar
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Tiada tambahan jumlah acara untuk Sukma 2024
Jumlah acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma 2024 di Sarawak tidak akan ditambah biarpun ada pihak meminta supaya beberapa acara lagi dimasukkan.

Semua bantuan diperlukan Zii Jia akan diberi menerusi RTG - Norza
Semua bantuan yang diperlukan oleh pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 akan disediakan menerusi program 'Road To Gold' (RTG).

55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi gentian optik - Fahmi Fadzil
Sebanyak 55 buah sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi dengan kemudahan gentian optik PoP yang dapat memperluaskan jaringan liputan infrastruktur jalur lebar sekolah terlibat serta kawasan sekitar.

Semua bantuan diperlukan Zii Jia akan diberi menerusi RTG - Norza
Semua bantuan yang diperlukan oleh pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 akan disediakan menerusi program 'Road To Gold' (RTG).

Zii Jia kembali ke BAM?
Persoalan sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menjadi tanda tanya.

Zii Jia perlu kaji formula terbaik buru kemenangan
Pemain perseorangan nombor satu Malaysia itu pamer aksi membanggakan ketika kejohanan berprestij Seluruh England dan Terbuka Switzerland.

Terbuka Switzerland: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia meneruskan kemaraannya di St Jakobshalle di Basel selepas menumpaskan Lee Chia Hao dari Taiwan untuk mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Switzerland 2023.

Terbuka Switzerland: Zii Jia terus cemerlang mara ke suku akhir
Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlangnya dalam Terbuka Switzerland 2023 apabila mara ke suku akhir dengan menumpaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen, hari ini.

Zii Jia singkirkan juara Seluruh England
Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia melakar kemenangan 18-21, 21-18, 23-21 ke atas lawannya dari China.

Zii Jia dapat semula keyakinan diri
Zii Jia mendapat kembali keyakinan kiri untuk terus bersaing dalam kejohanan badminton antarabangsa musim ini.

Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England
Harapan Lee Zii Jia untuk menamatkan kemarau kejuaraan dimusnahkan oleh Shi Yu Qi dari China dalam separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 malam ini.

Tze Yong terkandas pada suku akhir All England
Pemain ranking dunia ke-28 itu tewas kepada pemain China, Li Shi Feng selepas pertarungan selama 41 minit di Utilita Arena, Birmingham.

All England: Zii Jia tempah tiket ke separuh akhir
Lee Zii Jia meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 selepas menundukkan pemain Jepun, Kodai Naraoka sebentar tadi.