KUALA LUMPUR: Tiga pemain kebangsaan Rachel Arnold, Aifa Azman dan Ivan Yuen memulakan cabaran mereka di Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2021 dengan langkah kanan, berikutan kemenangan dalam perlawanan masing-masing semalam.
Pada kejohanan berlangsung di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, pemain bukan pilihan Rachel mengenepikan cabaran Tsz-Wing Tong dari Hong Kong 11-2, 5-11, 11-9, 11-5, untuk layak ke pusingan kedua dan bertemu pemain pilihan ketujuh Donna Lobban dari Australia, hari ini.
Sementara itu pemain ranking ke-69 dunia Aifa, menunjukkan permainan cemerlang mengalahkan pemain ke-47 dunia Mayar Hany dari Mesir, 11-8, 11-5, 11-3.
Bagaimanapun cabaran besar menanti Aifa, apabila dijadualkan bertemu pemain pilihan ketiga kejohanan Tathreb Adel juga dari Mesir, yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama.
Cabaran lelaki negara pula menyaksikan Ivan Yuen yang tewas pada set pertama kepada rakan senegara Ong Sai Hung, bertindak cemerlang untuk menang tiga set seterusnya 11-5, 11-8, 11-3 untuk layak ke pusingan seterusnya.
Hari ini, Ivan akan berhadapan pemain perseorangan utama lelaki negara Ng Eain Yow yang menduduki tangga ke-18 dunia.
Ivan yang merupakan pemain pilihan ketiga kejohanan, mendapat 'bye' pada pusingan pertama.
Keputusan Lain
----------------------
(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan)
Kategori Lelaki:
Tsz Fung Yip (HKG) mn Addeen Idrakie 11-9, 11-9, 6-11, 11-4
Ramit Tandon (IND) mn Darren Rahul Pragasam 9-11, 11-3, 11-5, 11-2
Bernat Jaume (ESP) mn Mohammad Syafiq Kamal 11-7, 6-11, 11-9, 11-3
Kategori Wanita:
Menna Hamed (EGY) mn Ooi Kah Yan 11-6, 11-9, 11-4
Hana Ramadan (EGY) mn Chan Yiwen 11-8, 11-3, 11-9
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
Ivan Yuen dan Rachel Arnold membukti kewibawaan menepati ramalan mara ke pusingan kedua selepas menundukkan lawan masing-masing pada hari pembukaan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia semalam. - Foto Astro AREN
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.
Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.
Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.
Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Skuasy Sukan Asia Hangzhou: Semua pemain acara individu ke suku akhir
Skuad skuasy negara memulakan kempen acara individu Sukan Asia 2022 dengan keputusan memberangsangkan untuk melangkah ke peringkat suku akhir.
Skuasy: Peluang Malaysia tebus kekecewaan di pentas final
Malaysia layak ke final buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Amerika Syarikat 3-0 pada aksi separuh akhir pada Jumaat.
Skuasy: Malaysia mara ke separuh akhir kejohanan dunia wanita
Pasukan Malaysia mempamerkan persembahan terpuji, membalas dendam atas kekalahan 2-1 dalam pertemuan akhir peringkat Asia bulan lepas.
Skuasy: Rachel wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir
Rachel yang berada di kedudukan ke-26 dunia, akhirnya berjaya menundukkan pemain Mesir itu di suku akhir kejohanan pada Khamis.