awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Switzerland: Zii Jia mara ke separuh akhir

Bernama
Bernama
24/03/2023
16:18 MYT
Terbuka Switzerland: Zii Jia mara ke separuh akhir
Juara All England 2021 itu dijadual berdepan pemain Jepun Koki Watanabe yang menewaskan pemain Hong Kong Lee Cheuk Yiu 21-12, 21-15. - Gambar fail/Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Pemain profesional perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia meneruskan kemaraannya di St Jakobshalle di Basel selepas menumpaskan Lee Chia Hao dari Taiwan pada malam Jumaat untuk mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Switzerland 2023.
Zii Jia yang kembali mempamerkan kebangkitannya dalam saingan kejohanan antarabangsa musim ini, menewaskan lawannya dengan straight set 21-12, 21-17 dalam tempoh 35 minit pada aksi suku akhir itu.
Juara All England 2021 itu dijadual berdepan pemain Jepun Koki Watanabe yang menewaskan pemain Hong Kong Lee Cheuk Yiu 21-12, 21-15.
Selain Zii Jia, empat lagi wakil negara iaitu, pemain perseorangan lelaki Ng Tze Yong; beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi; beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang mara ke suku akhir akan merebut slot pusingan separuh akhir apabila bertemu lawan masing-masing pada perlawanan lewat pagi nanti waktu Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#England
#Lee Zii Jia
#Separuh Akhir
#kejohanan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan