KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) semakin hampir untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu carta Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) setelah menewaskan Sri Pahang FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi.
Skuad kendalian Mohd Nafuzi Zain membuka jaringan seawal minit ke-13 menerusi pemain import David Da Silva bagi meletakkan pasukan itu di depan.
Skuad Penyu tidak menunggu lama menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri dan Faisal Abdul Halim menambah jaringan pasukan tuan rumah pada minit ke-24.
Dengan kemenangan pada malam tadi, Skuad Penyu menduduki tangga kedua carta Liga Super dengan 37 mata di belakang JDT yang berada di kedudukan teratas dengan 42 mata.
Dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini menyaksikan Kuala Lumpur City FC membawa bekalan tiga mata penuh selepas menundukkan Petaling Jaya City FC 1-0 hasil jaringan Paulo Josue pada minit ke-31.
Sementara itu pertemuan Penang FC menentang Melaka United berkesudahan dengan keputusan pasukan tuan rumah menang 2-1 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang malam tadi.
Jaringan sulung pasukan tuan rumah pada minit ke-75 disumbang melalui sepakan penalti Rafael Vitor dan Sheriddin Boboev berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan sebelum perlawanan berakhir sementara gol tunggal Melaka United FC hadir menerusi Giovane Gomes pada minit ke-89.
Bagi aksi di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pula menyaksikan UiTM FC meraih kemenangan sulung Liga Super malam tadi apabila menewaskan Perak FC, 2-0.
Gol dijaringkan Sean Gan Giannelli pada minit ke-29 sebelum Mohamad Shafiq Al-Hafiz Dawawi memastikan kemenangan pasukan tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-73.
Di Kuching dalam aksi Liga Premier, Sarawak United yang bertemu Kelantan FC menang 3-1 dalam aksi berlangsung di Stadium Negeri.
Perlawanan antara Selangor FC II dengan Perak FC II pula berakhir dengan keputusan 0-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Sementara aksi Johor Darul Ta'zim II (JDT II) menyaksikan pasukan itu berpesta gol menewaskan skuad Projek FAM-MSN 5-1 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.
--BERNAMA
Bernama
Sat Aug 07 2021

Skuad kendalian Mohd Nafuzi Zain membuka jaringan seawal minit ke-13 menerusi pemain import David Da Silva. - Facebook Terengganu FC

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

JDT II lonjak tangga teratas Liga Premier
Pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) berjaya melonjak ke tangga teratas Liga Premier selepas membenam PDRM FC 5-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor malam ini.

Sepakan penalti saat akhir PDRM hampakan Kuching City di Cheras
Jaringan penyamaan hasil sepakan penalti disempurnakan Muhammad Azrie Reza Zamri pada masa tambahan babak kedua.

TFC II puas hati walau sekadar raih satu mata
Badrul Afzan Razali tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya biarpun sekadar mengutip satu mata ketika menentang Selangor 2.

Sri Pahang bangkit raih tiga mata sulung di laman sendiri
Seawal permainan bermula, Penang FC dilihat lebih agresif menyerang berbanding pasukan tuan rumah.

Liga Premier: Kelantan United tundukkan Skuad Projek FAM-MSN 2-1
Kelantan United menafikan hasrat Skuad Projek FAM-MSN meraih kemenangan sulung mereka dalam saingan Liga Premier.

Kuching City FC raih tiga mata berharga
Kedua-dua pasukan bermula baik dengan menyaksikan asakan-asakan ke pintu gol lawan dalam usaha membuka jaringan.

Penalti 'Panenka' Jacob hadiahkan Kelantan United tiga mata sulung
Pemain import Njoku Jacob tenang menyempurnakan sepakan penalti ala 'panenka', sekali gus muncul wira Kelantan United.

JDT II lonjak ke tangga kedua Liga Premier
Johor Darul Ta'zim (JDT) II berjaya melonjak ke tempat kedua Liga Premier selepas menewaskan Skuad Projek FAM-MSN 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam ini.

Liga Premier: Kelantan kekal unggul di carta liga
Pendahulu liga, Kelantan FC terus mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam Liga Premier musim apabila mengalahkan UiTM FC 3-0 di Stadium UiTM Shah Alam, di sini malam ini.

Liga Premier: PDRM bangkit tumpaskan Perak
PDRM FC bangkit pada babak kedua untuk menumpaskan Perak FC 3-1 dalam aksi tunggal Liga Premier yang berlangsung di Stadium Perak.