awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu gah bawa pulang tiga mata

Astro Arena
Astro Arena
22/08/2020
21:49 MYT
Terengganu gah bawa pulang tiga mata
Pemain Terengganu FC Muhammad Syafik Ismail cuba melarikan bola pada perlawanan menentang PJ City Liga Super 2020 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, 22 Ogos, 2020. --fotoBERNAMA
PJ CITY 0 TERENGGANU 2
Terengganu FC (TFC) bijak mengambil kesempatan untuk membuatkan PJ City terkulai 2-0 di Stadium MBPJ bagi memungut mata penuh dalam aksi Liga Super malam tadi, yang kembali bersambung sejak krisis COVID-19 melanda.
PJ City turun tanpa Safee Sali tetapi tiga tonggak import, Washington Brandao, Filemon Standy dan Kim Bong Jin berada dalam kesebelasan K. Devan.
Begitupun, tidak banyak peluang yang dicipta kedua-dua pasukan, kemungkinan sedikit kekok selepas lama tak beraksi.
Sebaliknya, Terengganu FC tampak mula beroleh keyakinan menerusi percaturan jurulatih pelawat, Nafuzi Zain.
Pada minit ke-31, hantaran ke belakang pemain tuan rumah dirampas import Sang Penyu, Dominique Da Silva.
Apalagi larian solo pemain itu dari tengah tidak dapat dihambat pertahanan lawan untuk menyudahkan peluang di celah kaki penjaga PJ City, Shihan Azmi.
Namun, banyak perubahan dalam corak permainan PJ City dalam babak seterusnya, seakan-akan mulai kepenatan.
Situasi itu Terengganu pula bertambah selesa menerusi jaringan Da Silva untuk berada di persada penjaring terbaik dengan enam gol.
Topic Berkaitan
#Dominique Da Silva
#Liga Super
#Nafuzi Zain
#PJ City
#Terengganu FC
#TFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan