awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu, Selangor terus momentum, JDT terus dominasi

Syukri Shaari
Syukri Shaari
04/04/2023
05:57 MYT
Terengganu, Selangor terus momentum, JDT terus dominasi
SuperSyuk jangka Terengganu FC akan mengatasi Kelantan FC 2-1 malam ini.
Ramalan keputusan:
Terengganu FC 2 - 1 Kelantan FC Selangor FC 2 - 0 Negeri Sembilan FC Perak FC 0 - 3 JDT
TIGA perlawanan Liga Super berlangsung malam ini dengan tumpuan terarah kepada 'derby' Pantai Timur antara Terengganu FC dengan Kelantan FC.
Selepas menundukkan Kelantan United pada aksi sebelum ini, Terengganu sudah tentu melihat kepada peluang menumpaskan satu lagi pasukan Pantai Timur Kelantan FC.
Namun bukan mudah untuk anak buah Tomislav Steinbruckner kerana Kelantan FC merupakan lawan yang lebih berbisa berbanding Kelantan United.
Apatah lagi Kelantan FC mempunyai pemain-pemain berbisa seperti Ismaheel Akinade dan Muhammad Ghaffar Abdul Rahman yang mampu mengkucar-kacir pertahanan Terengganu FC.
Perlawanan dijangka seimbang, namun beraksi di tempat sendiri memberi kelebihan kepada Terengganu FC.
Selepas segar daripada kemenangan 'derby' Lembah Klang ke atas Kuala Lumpur City, Selangor FC akan melayan kunjungan Negeri Sembilan FC.
Penyerang Selangor, Ayron Del Valle Rodriguez telah mencetak empat gol setakat ini dan sudah tentu mahu melebarkan jumlah jaringan.
Anak-anak buah K. Devan pula mahu merekodkan tiga kemenangan berturut-turut untuk musim ini.
Perlawanan yang sengit, namun Selangor dilihat mempunyai kelebihan untuk mengutip tiga mata penuh.
Pendahulu liga JDT bakal berkunjung ke Stadium Perak di Ipoh untuk aksi menentang Perak FC.
JDT pastinya mahu meneruskan dominasi dengan merekodkan kemenangan ketujuh daripada tujuh perlawanan liga musim ini.
Tanpa memperkecilkan potensi yang ada pasukan bimbingan Datuk Lim Teong Kim, namun JDT dilihat terlalu kuat untuk Perak.
Saksikan perlawanan Terengganu FC vs Kelantan FC di saluran 803 Astro ARENA BOLA pada jam 10 malam ini.
Perlawanan Selangor FC vs Negeri Sembilan FC boleh ditonton di saluran RTM TV2 manakala Perak FC vs JDT di saluran 804 Astro AENA BOLA 2 masing-masing pada jam 10 malam
* Syukri Shaari merupakan penerbit Astro AWANI yang memberikan ulasan tentang Liga Bola Sepak Malaysia menerusi slot 'Volley Bersama SuperSyuk'.
Topic Berkaitan
#Liga Super
#SuperSyuk
#JDT
#Kelantan FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan