awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima kasih, Dollah Salleh

Astro Arena
Astro Arena
26/07/2015
01:03 MYT
Terima kasih, Dollah Salleh
Selaku jurulatih, Dollah berdepan beberapa kesukaran terutamanya pasukan negeri dan kelab yang enggan melepaskan pemain mereka untuk turun menentang Liverpool. - Gambar Fail
Itulah luahan pemain yang mewakili Malaysia XI apabila mencatat keputusan seri 1-1 menentang pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris Liverpool di Stadium Nasional Bukti Jalil semalam.
Selaku jurulatih, Dollah berdepan beberapa kesukaran terutamanya pasukan negeri dan kelab yang enggan melepaskan pemain mereka untuk turun menentang Liverpool.
Namun, berbekalkan pemain yang ada termasuk lima pemain import yang terdiri dari Patrik Ronaldinho (PKNS), Vincent Bikana (Terengganu), Zah Rahan (Felda United), Thiago Junior (Perak) dan Chad Souza (Perak), skuad Malaysia XI berjaya mencatat keputusan seri. GALERI FOTO: Pasukan pilihan Malaysia 'asah' kuku, elak dibaham The Reds di Stadium Nasional
Walaupun seri, ianya satu keputusan yang harus dibanggakan.
Pertahanan Perak, Thiago mengucapkan terima kasih kepada Dollah kerana memberi kepercayaan sekali lagi selepas dipilih menentang Tottenham sebelum ini.

Malaysia, Foto AP

Liverpool
Pemain tengah The Reds, Adam Lallana (kedua dari kanan) dengan aksinya yang tersendiri merebut bola dari pemain Malaysia XI, Kumaahran Sathasivam (kanan) dan Yong Kuong Yong (kedua dari kiri) dan Baddrol Bakhtiar ketika satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat. Perlawanan tersebut menyaksikan kedudukan mata seri 1-1. - Foto AP/Vincent Thian

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang telah memberikan kerjasama baik sepanjang perlawanan.
Keputusan Dollah untuk membawa masuk beberapa pemain import bukanlah perkara baru kerana telah pun dilaksana negara lain.
Ia dilihat sebagai langkah untuk meningkatkan prestasi skuad negara seperti yang telah dilakukan Singapura serta Jepun sebelum ini.
Timor Leste merupakan pasukan terbaru yang mengadaptasikan langkah ini.
Faktor ini turut menjadi topik perbualan di laman sosial Facebook Astro Arena.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Dolah Saleh
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan