awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima kasih penyokong Sporting - Pengendali baharu Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
11/11/2024
05:30 MYT
Terima kasih penyokong Sporting - Pengendali baharu Manchester United
Perlawanan pertama Amorim bersama Manchester United adalah ketika menentang Ipswich Town dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu depan. - Stadium Astro
RUBEN Amorim menikmati perlawanan terakhirnya selaku jurulatih Sporting CP dengan kemenangan menjelang perpindahannya ke Manchester United.
Amorim secara rasminya akan mengendalikan The Red Devils hari ini dengan Ruud van Nistelrooy telah mengetuai pasukan dengan baik sebagai jurulatih sementara sejak Erik ten Hag dipecat bulan lalu.
Era kegemilangannya bersama Sporting berakhir dengan kemenangan 4-2 menewaskan Braga awal pagi tadi yang juga merupakan kemenangan ke-11 dalam kempen Liga Primeira.
PARA SEMPRE, NA HISTÓRIA Obrigado Ruben Amorim. pic.twitter.com/PM2eOGbyY7
— Sporting CP Adeptos (@Sporting_CPAdep) November 10, 2024
Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan dia menjelaskan: "Sukar untuk meringkaskan segala-galanya ketika ini. Ini adalah pengembaraan yang luar biasa.
"Saya nampaknya sentiasa mempunyai semua kepastian, tetapi dalam beberapa peringkat saya mempunyai banyak keraguan, jadi saya menegaskan bahawa semua ini tidak dicapai bersendirian. Terima kasih kepada penyokong Sporting.
"Saya melakukan apa yang saya mampu, saya melakukan beberapa kesilapan, menunjukkan sedikit kedegilan tetapi saya sentiasa memikirkan apa yang terbaik buat pasukan.
"Kali ini adalah pertama kali saya memikirkan diri saya sendiri, tetapi saya terpaksa. Saya berasakan bahawa ini adalah masa untuk haluan hidup saya sendiri." katanya.
Ruud. Thank You pic.twitter.com/3VB7wwxR6B
— Ruben Amorim (@RubenAmorimx) November 10, 2024
Perlawanan pertama Amorim bersama Manchester United adalah ketika menentang Ipswich Town dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu depan di Old Trafford. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Ruben Amorim
#jurulatih baharu
#Sporting CP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan