Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kementerian Belia dan Sukan serta akademi badminton swasta atau kerajaan diminta mengambil langkah proaktif untuk terus berusaha mengenal pasti dan mencungkil
bakat baharu badminton negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata sesuai dengan status badminton sebagai sukan kegemaran semua, kerajaan sentiasa memberi sokongan kuat untuk membangunkannya ke tahap lebih tinggi.
"Namun, kita akui terdapat kekurangan dalam beberapa aspek seperti penyediaan atlet pelapis dalam kategori perseorangan lelaki untuk menggantikan jaguh badminton sedia ada seperti Datuk Lee Chong Wei apabila beliau memutuskan untuk bersara," katanya dalam catatan di laman blog www.najibrazak.com.
Beliau menegaskan masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan sukan badminton Malaysia terus cemerlang di masa hadapan, dan usaha ke arah itu perlu bermula dari sekarang.
"Akademi Badminton Malaysia adalah permulaan dan pemangkin kepada usaha ini agar kita mampu melahirkan lebih ramai jaguh badminton negara, insya-Allah," kata perdana menteri.
Perdana menteri menarik perhatian bahawa akademi itu diwujudkan bagi memacu lagi perkembangan sukan badminton dan melahirkan pemain pelapis berprestasi tinggi.
Beliau yakin kompleks yang dilengkapi fasiliti bertaraf dunia itu dapat menyuntik semangat pemain untuk berusaha lebih kuat bagi menempa kejayaan.
"Sekiranya ada kekurangan dan keperluan lain yang diperlukan pemain, bincang dan kemukakan kepada pihak pengurusan BAM. Insya-Allah, di mana mampu dan boleh, kerajaan akan membantu," kata perdana menteri.
Beliau seterusnya berkata Malaysia telah melahirkan jaguh badminton sejak zaman awal kemerdekaan sehingga hari ini yang membolehkan negara menempa kejayaan dalam pelbagai acara badminton berprestij di peringkat antarabangsa.
"Baru-baru ini kita semua bersama sebagai 1Malaysia bersorak gempita menyokong wira-wira badminton negara seperti Datuk Lee Chong Wei, pasangan beregu kita Tan Wee Kiong-Goh V. Shem serta Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan ramai lagi, ketika mereka beraksi di temasya Sukan Olimpik di Rio," katanya.
Ia menyaksikan skuad badminton negara menyumbang tiga pingat perak melalui acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 01 2017
PM NAJIB: "Kita akui terdapat kekurangan dalam beberapa aspek seperti penyediaan atlet pelapis dalam kategori perseorangan lelaki untuk menggantikan jaguh badminton sedia ada seperti Datuk Lee Chong Wei." - Gambar fail
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Terus kenal pasti, cungkil bakat baharu badminton - PM Najib
Perdana menteri berkata sesuai dengan status badminton sebagai sukan kegemaran semua, kerajaan sentiasa memberi sokongan kuat untuk membangunkannya ke tahap lebih tinggi.