JOSE Mourinho membidas barisan pemain Manchester United kerana tidak memberi tumpuan dan fokus selepas mereka dibolosi awal dalam kekalahan 2-1 kepada Fenerbahce dalam saingan Liga Europa di Istanbul, awal pagi tadi.
United jauh berbeza berbanding sebuah pasukan yang pernah mengalahkan kelab Turki itu 4-1 dalam aksi terdahulu, dan Red Devils ketinggalan seawal minit kedua hasil daripada gol sepakan gunting Moussa Sow, sebelum sepakan percuma Jeremain Lens menambah derita pelawat.
Percubaan United untuk bangkit tidak berhasil biarpun Wayne Rooney mencetak namanya selaku penjaring menerusi percubaan jarak jauh, namun Mourinho mengakui Fenerbahce lebih berhak menang dalam aksi Kumpulan A itu.
"Mereka berhak menang. Bola sepak bukan sekadar kualiti, ia juga berkaitan usaha, komitmen. Ia berkaitan memberikan yang terbaik, memberikan segalanya," jelas beliau kepada BT Sport.
"Jadi, mereka memang berhak. Sebuah pasukan yang dibolosi selepas dua minit permainan dilangsungkan adalah sebuah pasukan yang tidak bersedia dari segi mental, tumpuan dan fokus.
"Dalam suasa seperti ini andai dibolosi, ia akan memberi kelebihan kepada pihak lawan, itulah yang cuba mereka mainkan. Mereka bertahan, melancarkan serangan balas, menghentikan permainan, cuba mendapatkan sepakan percuma dan memberi tekanan terhadap keputusan pengadil.
"Itulah permainan mereka dan salah kami kerana membenarkan situasi itu. Selepas gol kedua mereka, kami bertindak balas dan mungkin boleh meraih keputusan yang berbeza. Tapi saya berasakan kami tidak berhak kerana bola sepak adalah permainan 90 minit dengan keinginan, kapasiti dan tumpuan yang maksimum.
"Jadi, mereka berhak untuk menang."
Dalam satu lagi aksi Kumpulan A tersebut, Feyenoord yang meraih keputusan seri 1-1 dengan Zorya menolak United di tangga ketiga dengan kelebihan satu mata.
Mourinho percaya barisan pemainnya tidak turun dengan sikap sebenar, namun beliau menegaskan mereka masih mampu layak untuk ke peringkat kalah mati dengan baki dua perlawanan lagi.
Menurutnya lagi, "Ia seperti mereka beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan kami pula beraksi untuk perlawanan persahabatan.
"Kelayakan ke pusingan kalah mati akan ditentukan kami sendiri. Jika kami menang dua perlawanan berikutnya, kami akan layak."
Astro Arena
Fri Nov 04 2016
Aksi pemain Manchester United Zlatan Ibrahimovic (tengah) dengan pemain pertahanan Fenerbahce Martin Skrtel (kiri) dan penjaga gol Volkan Demirel (kanan) ketika perlawan di Istanbul pada 3 Nov. - AFP
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Mourinho tidak berpuas hati dengan aksi Mkhitaryan
Pengurus Manchester United itu berkata pemain tengah Henrikh Mkhitaryan harus bekerja lebih keras lagi.