awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tewaskan Fiji 1-0, imbuhan menanti skuad Harimau Malaya

Bernama
Bernama
06/07/2018
08:59 MYT
Tewaskan Fiji 1-0, imbuhan menanti skuad Harimau Malaya
Pada perlawanan berkenaan, penyerang Muhammad Syafiq Ahmad (tengah) muncul wira skuad Harimau Malaya apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-19 setelah menyudahkan hantaran Mohd Syazwan Zainon. - fotoBERNAMA
Pemain skuad Harimau Malaya yang beraksi sewaktu Malaysia menewaskan Fiji 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam, bakal menerima imbuhan daripada bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menerusi catatan terbaharu dalam Facebook FAM, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata Tunku Ismail amat gembira dengan kejayaan itu yang bakal mengubah ranking Malaysia yang kini pada tangga ke-171 dunia.
"Sejurus perlawanan, saya telah dihubungi Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas Presiden FAM yang turut berkongsi kegembiraan dan baginda telah berkenan untuk memberikan bonus kepada skuad Harimau Malaya atas kemenangan tadi. Menjunjung kasih Tunku!, " kata Hamidin.
Dalam pada itu, Hamidin yakin kemenangan kedua berturut-turut yang diraih skuad kebangsaan tersebut penting dalam menaikkan lagi moral pemain negara sebelum menghadapi saingan bola sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki, November ini.
Malaysia sebelum ini menang besar 7-0 ke atas Bhutan pada aksi persahabatan antarabangsa, April lepas.
"Bagaimanapun, saya mengakui yang persembahan skuad Harimau Malaya masih belum cukup sempurna terutama apa yang dipertonton pada separuh masa kedua.
"Apapun saya yakin dan percaya jurulatih dan para pemain pasti akan cuba untuk memperbaiki dan memperkemas lagi corak permainan kita dalam perjalanan menuju ke pentas Piala Suzuki AFF 2018, November depan," kata Hamidin.
Pada perlawanan berkenaan, penyerang Muhammad Syafiq Ahmad muncul wira skuad Harimau Malaya apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-19 setelah menyudahkan hantaran Mohd Syazwan Zainon.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#Fiji
#Hamidin Mohd Amin
#harimau Malaya
#Malaysia
#Muhammad Syafiq Ahmad
#Piala Suzuki AFF 2018
#skuad
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Tunku Mahkota Johor
#wira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan