awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TFC sumbang lima peratus hasil jualan tiket Piala FA malam ini kepada Tabung Darul Iman

Bernama
Bernama
14/06/2024
05:38 MYT
TFC sumbang lima peratus hasil jualan tiket Piala FA malam ini kepada Tabung Darul Iman
Setakat ini 5,000 keping tiket fizikal telah terjual dan lima peratus daripadanya akan didermakan ke Tabung Darul Iman, kata Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB Mohd Sabri Abas. - Facebook Terengganu FC
KUALA NERUS: Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengambil inisiatif menyumbang lima peratus daripada hasil jualan tiket fizikal perlawanan Piala FA Terengganu FC (TFC) menentang Perak FC malam ini ke Tabung Darul Iman.
Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB Mohd Sabri Abas berkata usaha itu adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kelab bagi membantu golongan kurang bernasib baik.
Beliau berkata Tabung Darul Iman adalah satu tabung yang diwujudkan oleh kerajaan Terengganu bagi membantu rakyat ditimpa musibah atau kesusahan dengan kadar segera.
"TFC amat berterima kasih dengan sokongan padu yang ditunjukkan oleh rakyat Terengganu tidak mengira masa, sama ada di saat suka atau duka.
"Oleh itu kami ingin mengembalikan sokongan itu dengan memberi balik sumbangan kepada masyarakat. Setakat ini sebanyak 5,000 keping tiket fizikal telah terjual dan lima peratus daripadanya akan didermakan ke Tabung Darul Iman," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Sabri berkata diharapkan sumbangan berkenaan mampu meringankan sedikit beban golongan memerlukan.
"Saya harap peminat bola sepak Terengganu dapat hadir lebih ramai ke stadium pada masa akan datang bagi memberi sokongan dan membantu lebih ramai masyarakat yang memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiket
#Piala FA
#tabung darul iman
#tanggungjawab sosial korporat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan