awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand dan FIFA berbincang tingkat kerjasama sukan

Bernama
Bernama
21/09/2023
20:15 MYT
Thailand dan FIFA berbincang tingkat kerjasama sukan
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin (kiri) dan Presiden FIFA, Gianni Infantino mengadakan pertemuan di New York, Amerika Syarikat. - Gambar Thailand Government House/Handout via REUTERS
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dan Presiden FIFA, Gianni Infantino bertemu di New York untuk membincangkan kaedah untuk meningkatkan kerjasama sukan antara Thailand, ASEAN dan FIFA.
Dalam pertemuan itu, Srettha turut mengulangi kesediaan Thailand dan ASEAN untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2034.
Mesyuarat itu diadakan pada Rabu di luar Sidang Kemuncak Ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Dalam satu kenyataan, jurucakap kerajaan, Chai Watcharong berkata, Perdana Menteri juga mempelawa FIFA untuk meluaskan kerjasamanya dengan negara anggota ASEAN sambil menyatakan bahawa Asia Tenggara adalah rantau yang mempunyai potensi besar untuk pembangunan bola sepak.
"Beliau (Srettha) menegaskan bahawa ASEAN bersedia dan komited untuk mengembangkan potensinya sebagai persediaan untuk bidaan bersama menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 2034," katanya.
Chai berkata, Perdana Menteri juga berterima kasih kepada FIFA atas sokongannya dalam membantu belia Thailand mempelajari asas permainan.
Infantino bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Thailand, ASEAN, dan FIFA akan mengembangkan peluang serta menjadikan bola sepak sebagai sukan untuk semua orang, katanya.
Chai berkata, Infantino turut menjemput Srettha menghadiri Kongres FIFA ke-74 tahun depan, yang akan diadakan di Thailand.
"Ini adalah kali pertama Kongres FIFA diadakan di Asia Tenggara dan lebih 2,000 peserta dari 211 negara di seluruh dunia dijangka hadir," katanya.
Srettha menerusi hantaran di platform "X" berkata bahawa bola sepak adalah sukan kegemarannya.
"Saya harap perbincangan ini membawa kepada lebih banyak peluang untuk pembangunan bola sepak di Thailand.
"Saya berterima kasih kepada FIFA atas sokongannya dalam membantu belia Thai mempelajari asas permainan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIFA
#bola sepak
#Piala Dunia 2034
#potensi besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan