awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand gagalkan misi Malaysia tamat kemarau 34 tahun

Bernama
Bernama
27/07/2025
15:15 MYT
Thailand gagalkan misi Malaysia tamat kemarau 34 tahun
Kekalahan ini sekali gus menyaksikan penantian 34 tahun untuk menjulang kejuaraan dalam acara regu berpasukan terus berlarutan, kali terakhir dimenangi ketika temasya Sukan SEA 1991 di Manila. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Harapan menggunung untuk melihat kemarau kejuaraan regu berpasukan sepak takraw negara berakhir akhirnya berkecai apabila skuad negara tunduk 0-2 kepada musuh tradisi, Thailand dalam aksi final Piala Raja Thai 2025, hari ini.
Pertembungan yang berlangsung di pusat beli-belah Central Hatyai, Songkhla menyaksikan anak-anak buah Ahmad Jais Baharun gagal menamatkan dominasi pasukan Gajah Putih yang terus menjadi penghalang utama Malaysia sejak tiga dekad lalu.
Kekalahan ini sekali gus menyaksikan penantian 34 tahun untuk menjulang kejuaraan dalam acara regu berpasukan terus berlarutan, kali terakhir dimenangi ketika temasya Sukan SEA 1991 di Manila.
Dalam perlawanan pembukaan, trio negara yang dibarisi Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Norfaizzul Abd Razak gagal menyumbang mata apabila tewas straight set 12-15, 12-15 kepada regu pertama Thailand.
Usaha untuk menghidupkan kembali perjuangan negara menerusi regu kedua yang diketuai Mohammad Syahir Mohd Rosdi bersama Mohammad Azlan Alias dan Farhan Adam turut menemui jalan buntu.
Biarpun memberi tentangan sengit pada set pertama sebelum tewas 16-17, regu negara akhirnya akur selepas dikecewakan 4-15 dalam set kedua oleh trio Thailand, Siriwat Sakha, Thawisak Thongsai dan Rachan Viphan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#regu negara
#tentangan sengit
#Jalan Buntu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan