BANGKOK: Thailand menetapkan sasaran untuk memenangi enam pingat emas dan tiga perak dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin berkata Pihak Berkuasa Sukan Thailand (SAT) telah menetapkan sasaran itu pada Sukan Olimpik yang akan bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
Srettha berkata beberapa atlet telah pun berlepas ke kem latihan manakala selebihnya akan berangkat ke Perancis hujung bulan ini.
"Seramai 51 atlet telah layak untuk bertanding dalam 17 sukan semasa Olimpik Paris dan saya yakin para atlet Thailand mempunyai potensi untuk mencapai sasaran pingat yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Perdana Menteri turut menggesa rakyat Thailand untuk memberi sokongan kepada para atlet dan menonton siaran langsung pertandingan di 21 saluran, lebih banyak daripada 12 saluran yang disiarkan semasa Olimpik Tokyo 2020.
Pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, Thailand memenangi satu pingat emas dan satu gangsa. Atlet taekwondo, Panipak Wongpattanakit, meraih emas dalam kategori wanita 49kg dan peninju, Sudaporn Seesondee, yang memenangi gangsa dalam kategori wanita 60kg.
Sebelum ini dilaporkan upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 akan diadakan pada 26 Julai di Sungai Seine di Paris dan perarakan atlet dari pelbagai negara akan diadakan di atas bot yang akan belayar sepanjang sungai enam kilometer itu.
Ini adalah kali pertama upacara pembukaan Olimpik diadakan di luar stadium.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Srettha berkata beberapa atlet telah pun berlepas ke kem latihan manakala selebihnya akan berangkat ke Perancis hujung bulan ini. - Gambar fail/Bernama
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Malaysia sasar lima pingat emas di APDG ke-10
Kontinjen Malaysia menyasarkan untuk merangkul lima pingat emas sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG) ke-10.
Les Chanteurs raih Emas dan Perak di pertandingan koir antarabangsa
Pada hari pertandingan kedua pasukan mengenakan busana elegan dengan persembahan nyanyian yang harmoni dan lebih menarik berserta iringan body percussion.
Malaysia raih sembilan emas di Kejohanan Remaja Dunia
Malaysia menamatkan saingan Kejohanan Wusyu Remaja Dunia 2024 di Bandar Seri Begawan, Brunei dengan cemerlang apabila memenangi keseluruhan sembilan emas, 11 perak dan lima gangsa.
Para SUKMA: Medan 'memburu' bakat baharu ke temasya antarabangsa
Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 bermula esok hingga Sabtu depan di sini bakal menjadi medan pencarian bakat-bakat baharu dari golongan orang kurang upaya (OKU) yang penting buat negara.
Para SUKMA 2024: Kontinjen Perak sasar 28 pingat emas
Kontinjen Perak menyasarkan 28 pingat emas dengan kedudukan tiga teratas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Sept ini.
Kontinjen Pahang sasar 10 pingat emas di Para SUKMA 2024
Kontinjen Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 Pahang menyasarkan untuk mengutip 10 pingat emas pada temasya yang bakal berlangsung di Sarawak bermula Ahad ini sehingga 28 Sept.
Kem wushu bawa pulang tiga emas pada kejohanan Asia di Macau
Pingat emas pertama negara muncul menerusi atlet wushu lelaki negara Bryan Ti Kai Jie dalam acara nanquan lelaki.
Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.
Ma Hussein tebus kecewa pada penampilan terakhir di Para SUKMA 2024
Jaguh powerlifting Kelantan Ma Hussein Mat Noh mahu menebus kekecewaannya tidak dapat beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan memburu pingat di Para SUKMA 2024.
Para SUKMA Sarawak 2024: Selangor sasar 29 pingat emas, tempat ketiga keseluruhan
Kontinjen Selangor menyasarkan 29 pingat emas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 pada 22 hingga 28 Sept ini.