Penyerang baru Perak II N.Thanabalan, akan diberikan ruang dan peluang secukupnya, untuk menyinar dalam saingan Liga Premier 2020 bersama kelab itu, kata ketua jurulatih Abu Bakar Fadzim.
Katanya, beliau merancang menjadikan Thanabalan, 25, sebagai pemain utama pasukannya musim ini, namun menegaskan pemain yang mencetuskan fenomena sewaktu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu, terlebih dahulu perlu membuktikan kesungguhannya.
Beliau percaya bekas tonggak utama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara itu masih memiliki deria pemusnah, meskipun kemampuannya menjadi tanda tanya selepas banyak menghabiskan masa di bangku simpanan, ketika bersama Kedah musim lepas.
"Saya mahu melihat beliau muncul sebagai antara penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan. Dengan usianya, beliau belum terlambat untuk kembali ke puncak prestasi sebelum ini, dan kerana pengalaman dimiliki, ruang terbuka luas untuk beliau berada dalam kesebelasan utama pasukan musim ini.
"Yang penting di mana beliau mahu meletakkan dirinya pada tahun 2020 sejak hilang hampir tiga tahun. Saya sedia bantu dan tunaikan hasratnya untuk dapatkan minit permainan, tetapi saya juga mahu lihat usahanya dalam mendapatkan apa yang diinginkan," katanya kepada Bernama.
Abu Bakar berkata, kehadiran anak jati Rantau, Negeri Sembilan itu, dapat mempelbagaikan pilihan jentera serangan, sekali gus mampu membantu pasukan mengharungi saingan padat musim ini.
"Beliau (Thanabalana) pemain yang berpontensi sebelum ini, tetapi agak sukar dapat tempat di Kedah, jadi bila ada peluang untuk Perak II memperkuatkan jentera serangan dengan kehadirannya, kita mencuba. Pasukan mungkin menggunakannya di bahagian sayap, kerana beliau lebih dilihat sebagai 'supplier'," jelas Abu Bakar.
Thanabalan memiliki kelebihan tandukan sebagai senjata pemusnah, dan kelebihan itu melonjakkan popularitinya selepas beliau menanduk masuk jaringan kemenangan ke atas Indonesia, pada aksi separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Beliau turut membantu Malaysia mara sehingga ke suku akhir Kejuaraan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018, namun bergelut dalam mencipta nama di Liga Malaysia (Liga-M) rentetan kecenderungan hampir kesemua pasukan Liga-M, memilih pemain import sebagai penyerang mereka.
Thanabalan hanya membuat 16 penampilan bersama Kedah, sejak meninggalkan Negeri Sembilan untuk menyertai skuad Lang Merah pada saingan Liga Super musim 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 25 2020

Thanabalan memiliki kelebihan tandukan sebagai senjata pemusnah, dan kelebihan itu melonjakkan popularitinya selepas beliau menanduk masuk jaringan kemenangan ke atas Indonesia pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. - Astro ARENA

Niaga AWANI: Bagaimana kenyataan FOMC,IMF, vaksin pengaruhi pasaran?
Kami membincangkan berkenaan saham Gamestop yang mencatatkan peningkatan hampir 200 peratus dalam dagangan semalam. Terkini Forum Wallstreetbets di Reddit telah ditutup untuk umum dan perlukan jemputan untuk melihat kandungannya. Saksikan rakaman temubual berkenaan.

Niaga AWANI: Saham di pasaran Asia dijangka rendah
Saham di pasaran Asia dibuka rendah dengan pelabur ambil kira kejatuhan pasaran di Amerika. Dalam masa yang sama, pelabur turut perhatikan pengeluar komponen Apple di Asia dan saham Alibaba Group. Ini susulan keputusan sukuan Apple dan laporan WSJ yang ant ingin jadi syarikat kewangan dengan seliaan PBOC.

AWANI Pagi: Sindrom terowong carpal: Apakah simptom & rawatan yang ada?
Pergelangan anda selalu sakit dan kebas? Mungkin ini petanda Sindrom Terowong Carpal. Ikuti kupasannya bersama Dr Mohamed Faizal Sikkandar, Pakar Ortopedik UiTM Private Specialist Centre (UPSC) dalam #AWANIpagi #HapusCOVID19 #AWANInews

AWANI Ringkas: Thaipusam dalam norma baharu | CPI 2020: Di mana kedudukan Malaysia?
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887507/2324678731611795704860_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Januari 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Geegee Ahmad #AWANIpagi 28 Januari 2021. 1) Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam 2) Pemberian 150,000 komputer riba kepada pelajar dipercepatkan bulan depan #AWANIpagi #AWANInews #HapusCOVID19

AWANI Ringkas: PKPD di dua lokasi di Terengganu | Perang EU-Astrazeneca makin tegang

EPL: Aksi pertama Chelsea di bawah Tuchel mengecewakan
Tuchel dilaporkan hanya sempat mengendalikan Chelsea untuk satu sesi latihan.

World Economic Forum | John Kerry ulangi komitmen AS dalam perubahan iklim
Perkembangan sama, Amerika Syarikat kembali menyertai pakatan perubahan iklim, yang dikenali sebagai perjanjian Paris. Utusan khas perubahan iklim Amerika, John Kerry memaklumkan negara itu bukan sahaja meningkatkan usaha mengurangkan pencemaran gas hijau, tetapi juga berhasrat menggalakkan negara lain buat tindakan sama.

EPL: Burnley bangkit tundukkan Aston Villa
Aksi di Turf Moor awal pagi tadi menyaksikan pelawat mendominasi permainan dalam babak pertama apabila Villa meledak jaringan pertama pada minit ke-14.

EPL: Manchester United gagal kutip tiga mata penuh
Sebaliknya, The Red Devils tumpas kepada pasukan bawahan, Sheffield United dengan 1 - 2.

Thanabalan masih muda dan berpontensi - Abu Bakar Fadzim
Abu Bakar merancang menjadikan Thanabalan pemain utama pasukannya musim ini, namun menegaskan dia terlebih dahulu perlu membuktikan kesungguhannya.

Perak buktikan reputasi 'abang' di Manjung
Perak menutup tirai pusingan pertama Liga Super dengan bergaya apabila membelasah PKNP FC 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Kelibat Eki mampu beri kelebihan kepada Harimau Malaya berdepan Thailand
Penyerang negara, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mampu memainkan peranan penting dalam skuad Harimau Malaya yang akan turun menentang Thailand pada aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.

Harimau Malaya mampu cipta kejutan berdepan Thailand
Biarpun hanya dua kemenangan berjaya dicatat dalam 10 pertemuan sebelum ini skuad Harimau Malaya tetap memiliki kemampuan mencipta kejutan apabila berdepan Thailand pada aksi separuh akhir AFF Suzuki.