KUCHING: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak mempunyai perancangan untuk memasukkan semula Kelab Bola Sepak Felda United (Felda United FC) dalam kancah bola sepak tempatan buat masa ini, kata Pengerusinya Tan Sri Idris Jusoh.
Beliau berkata Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu bagi meningkatkan nilai dan prestasinya.
"Buat masa kini tidak ada (perancangan) kerana kita ada agenda yang lebih besar untuk Felda tetapi kita masih gerakkan Akademi Bola Sepak Felda untuk melatih belia dan pelajar dalam sukan bola sepak," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini pada Jumaat, Idris berkata Felda membelanjakan hampir RM500 juta setahun untuk akademi berkenaan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus peminat bola sepak negara di media sosial yang berharap untuk melihat semula aksi Felda United FC di pentas sukan bola sepak dalam masa terdekat.
Pada Oktober 2020, Felda mengesahkan penarikan diri Felda United FC dalam perlawanan Liga Malaysia (Liga M) sama ada saingan Liga Super mahupun Liga Premier.
Keputusan itu dibuat setelah pengambilalihan penuh pentadbiran dan pengurusan kelab berkenaan serta anak syarikatnya The Fighters Sdn Bhd oleh Felda bermula September tahun itu.
Kelab itu pernah menjuarai saingan Liga Premier pada 2010 dan 2018 serta muncul naib juara Piala FA 2014 selain berjaya mara ke separuh akhir saingan Piala Malaysia sebanyak empat kali sejak ditubuhkan pada 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Idris berkata Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu bagi meningkatkan nilai dan prestasinya. - Foto fail/Astro AWANI
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
JDT kekal rekod tanpa kalah, Selangor pamer kebangkitan
JDT menamatkan cabaran saingan musim ini dengan rekod tanpa kalah selepas merakam kemenangan kesembilan apabila membelasah Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Jangan menyerah kalah dengan JDT - Kurniawan
Melihat pada keputusan dua perlawanan terakhir di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, senario itu pasti akan meresahkan mana-mana pasukan.
Liga Super: PJ City ikat JDT 2-2, PDRM tersingkir
Skuad Harimau Selatan membuka jaringan menerusi penyerang profilik negara Safawi Rasid pada minit ke-35, namun pasukan tuan rumah pantas menyamakan kedudukan.
12 pasukan Liga M lengkap proses penswastaan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mengesahkan sebanyak 12 pasukan Liga Malaysia (Liga-M) telah berjaya melengkapkan penswastaan kelab.
TEMCO Kedah: Persiapan Lang Merah tidak terjejas, sedia hadapi Sabah
Pasukan Lang Merah itu memerlukan sekurang-kurangnya tiga mata dalam perlawanan akan datang untuk berada selesa dalam saingan liga.
COVID-19: FAM akui status kewangan terkesan
Wabak COVID-19 menyebabkan badan induk bola sepak negara itu terpaksa menggunakan jalan alternatif bagi memastikan kerjasama dengan penaja kekal terjalin.
JDT hentikan sementara penjualan tiket perlawanan Liga Super
JDT memutuskan untuk menghentikan sementera penjualan tiket perlawanan akan datang membabitkan aksi skuad Harimau Selatan menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim.
Isu denda: Felda United kemuka rayuan
Felda United mengambil langkah proaktif dalam menangani isu pemotongan geran selepas menjadi pasukan pertama mengemukakan rayuan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hari ini.
JDT kembali kuasai carta Liga Super
Kemenangan kelima dari enam perlawanan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengutip 16 mata, dengan pencabar terdekat Pahang ketinggalan dua mata di tangga ked