awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
Mahir menyanyi lagu Hindi, PM Anwar kini 'viral' di India, kata Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perubahan dalam persiapan bagi GP M'sia - Raikkonen

Bernama
Bernama
21/03/2013
15:27 MYT
Tiada perubahan dalam persiapan bagi GP M'sia - Raikkonen
Bekas juara Formula One (F1) dunia, Kimi Raikkonen tidak akan mengubah persediaan pada perlumbaan Petronas Grand Prix Malaysia Ahad ini selepas menjuarai GP Australia minggu lepas.
"Kita tidak buat apa-apa yang berbeza pada hujung minggu ini daripada kita lakukan pada perlumbaan sebelum ini mahupun tahun lepas.
"Jika orang berfikir bahawa kita adalah peneraju...ia tidak membawa apa-apa perbezaan kepada corak persediaan kami. Kami akan cuba melakukan yang terbaik dan harap dapat mengumpul mata yang baik," kata pelumba pasukan Lotus F1 itu pada sidang media di Pusat Media SIC di sin, hari ini.
Kejayaan pada pusingan pertama GP Dunia di Melbourne, Australia, Ahad lepas, merupakan kemenangan kedua selepas beliau kembali semula ke F1 tahun lepas setelah tidak beraksi selama dua tahun.
Raikkonen mencapai kemenangan sulung F1 di Sepang pada 2003 dan mengulangi pencapaiaan itu pada 2008.
"Ia adalah baik untuk memenangi perlumbaan pertama tetapi sepatutnya kita harus menang tahun sebelum itu... jadi ia adalah baik untuk kembali ke sini.
"Saya tidak meminati suhu panas dan lembab di sini tetapi litar di sini adalah bagus. Oleh itu, kita tahu serba sedikit cabaran perlumbaan di sini. Biasanya ia memberi keputusan baik dan itulah yang amat penting," katanya.
Topic Berkaitan
#GP Australia
#Kimi Raikkonen
#Petronas Grand Prix Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan