awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada VAR dan 5 pemain gantian dibenarkan

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2020
07:00 MYT
Tiada VAR dan 5 pemain gantian dibenarkan
5 pemain gantian dan tiada VAR, pasukan mana bakal dapat kelebihan? - Gambar fail/REUTERS
SETIAP pasukan bola sepak dibenarkan untuk menggunakan lima pemain gantian dan penggunaan video bantuan pengadil (VAR) akan dihentikan apabila musim bola sepak disambung semula.
Peraturan sementara ini dibenarkan bagi membantu pasukan bola sepak mengharungi jadual yang padat untuk menghabiskan baki musim dalam tempoh yang singkat.
Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) bersetuju dengan cadangan peraturan baru oleh badan bola sepak antarabangsa, FIFA untuk semua kejohanan yang perlu dihabiskan dalam kalendar tahun ini.
Penggunaan VAR pula dihentikan buat sementara bagi menjaga keselamatan kesihatan pengadil yang mungkin tidak dapat mengekalkan penjarakan sosial akibat bertugas dalam bilik kecil.
Bagi mengelak rentak permainan terganggu, setiap pasukan hanya dibenarkan menghentikan perlawanan sebanyak tiga kali untuk membuat pertukaran, selain membuat pertukaran pada waktu rehat.
Kesemua lima pemain yang hendak digantikan harus dibuat pada tiga peluang yang diberikan kepada setiap pasukan.
Pemain gantian yang tidak digunakan boleh dibawa ke masa tambahan, di mana seorang pemain boleh digantikan dan dibuat semasa perlawanan berlangsung, sebelum masa tambahan bermula dan waktu rehat masa tambahan.
Keputusan untuk melanjutkan peraturan ini untuk musim 2020/21 akan dibincangkan IFAB dan FIFA pada perjumpaan seterusnya.
Baca: Tonggak utama Barca kembali menjalani latihan
Baca: Majoriti pemain akan rasa janggal bermain tanpa penonton
Liga di seluruh dunia terpaksa digantung buat semasa waktu akibat krisis penularan wabak COVID-19 termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak 13 Mac.
Liga Jerman, Bundesliga dijual bersambung semula pada 16 Mei selepas lebih 61 hari digantung akibat koronavirus.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#EPL
#FIFA
#IFAB
#Liga Perdana Inggeris
#normal baharu
#VAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan