KUALA LUMPUR: Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri merupakan antara calon yang boleh dipertimbangkan bagi mengisi kelompongan ditinggalkan Leong Mun Yee dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Bekas Olimpian, Bryan Nickson Lomas berpendapat pengalaman Nur Dhabitah yang pernah bertanding dalam acara 10m platform wanita sebelum ini perlu diberi perhatian Persekutuan Renang Malaysia (MS) untuk digandingkan bersama ratu terjun negara, Pandelela Rinong bagi mencerahkan peluang meraih pingat di Paris 2024.
"Nur Dhabitah merupakan atlet 'versatile' (serba boleh) kerana jarang sekali penerjun boleh bersaing dalam dua acara, 10m platform dan 3m papan anjal.
"Tidak mustahil jika Nur Dhabitah tersenarai kelak, beliau bersama pasangannya mungkin boleh mencabar kedudukan pingat dalam acara 10m platform seirama wanita," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mun Yee yang bergandingan bersama Pandelela dalam acara 10m platform seirama wanita pada Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini, tidak berjaya menyerlah apabila sekadar menamatkan acara berkenaan di tempat kelapan dan terakhir.
Nur Dhabitah bersama Mun Yee pernah meraih gangsa dalam acara 10m platform seirama wanita pada Sukan Asia 2018 di Indonesia.
Mun Yee, 36, sebelum ini melahirkan hasrat akan bersara pada hujung tahun ini dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi penampilan terakhirnya di pentas antarabangsa.
Sementara itu, Bryan, 31, yakin sekiranya Nur Dhabitah mampu mengekalkan tahap konsistensi dan terjunan cantik selain melakukan darjah kesukaran dengan sempurna, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu mampu menghadiahkan pingat buat negara dalam acara 3m papan anjal wanita individu di Paris 2024.
Walaupun terlepas peluang meraih pingat pada acara 3m papan anjal wanita individu selepas menduduki tangga keempat di Olimpik Tokyo, Nur Dhabitah yang tidak pernah lekang dengan senyuman sepanjang saingan berlangsung berjaya menambat hati rakyat Malaysia susulan aksi konsisten dipamerkannya di Pusat Akuatik Tokyo.
Dalam pada itu, Bryan yang mencatat sejarah menjadi atlet termuda negara bertanding pada temasya edisi Athens 2004 ketika berusia 14 tahun, percaya Pandelela akan terus mengetuai cabaran Malaysia di Paris 2024.
Pemilik sebuah gimnasium di Shah Alam, Selangor, itu berkata pemenang gangsa London 2012 itu masih mampu menghasilkan terjunan berkualiti walaupun Pandelela, 28, bakal menginjak ke usia 31 tahun dalam masa tiga tahun akan datang.
Beliau pada masa sama menyifatkan nasib sememangnya tidak menyebelahi kem terjun negara apabila tidak berupaya membawa pulang sebarang pingat berbanding dua edisi sebelum ini yang berjaya membawa pulang gangsa pada London 2012 dan perak di Rio 2016.
Jelasnya, beliau secara peribadi masih boleh menerima keputusan dicatatkan barisan atlet terjun negara namun sesuatu harus dilakukan sekiranya mereka tidak merangkul sebarang pingat pada Paris 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021

Nur Dhabitah Sabri merupakan antara calon yang boleh dipertimbangkan bagi mengisi kelompongan ditinggalkan Leong Mun Yee. - Gambar fail/BERNAMA

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

AS & Kanada komited tentang rejim autoritarian
Amerika Syarikat dan Kanada ikrar akan bersama menentang rejim authoritarian.

Biden sahkan China tidak bekal senjata kepada Rusia
Presiden Joe Biden sahkan China tidak membekalkan senjata kepada Rusia, untuk operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Penerjun muda mampu dominasi emas sukan terjun - Nur Dhabitah
Nur Dhabitah tidak akan beraksi di Sukan SEA Kemboja, sebaliknya, beri tumpuan pada Kejohanan Dunia di Fukuoka dan Sukan Asia di China.

Nur Dhabitah raih tiga emas di Grand Prix KL
Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri meraih tiga pingat emas Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil, hari ini.

Dhabitah optimis mampu beraksi pelbagai acara terjun
Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri optimis mampu menggalas tugas beraksi dalam pelbagai acara bagi sukan terjun di kejohanan akan datang.

Sukan Komanwel: Dhabitah-Syafiq hadiahkan gangsa pada hari terakhir di kolam renang
Skuad terjun negara menamatkan saingan pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham dengan meraih satu pingat gangsa dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama campuran, hari ini.

Nur Dhabitah raih perak kedua di Birmingham
Beliau yang mendahului carta selepas terjunan ketiga dengan 207.90 mata, menampilkan gerakan kurang kemas pada terjunan keempat.

Sukan Komanwel: Kesilapan terjunan sebab Pandelela-Nur Dhabitah tercicir gangsa
Pasangan itu silap langkah dan hanya mampu mengumpul 41.28 mata untuk menjunam ke kedudukan keenam.

Sukan Komanwel: Gandingan Nur Dhabitah-Yan Yee butir pingat perak
Nur Dhabitah-Yan Yee menamatkan saingan dengan keseluruhan 299.85 mata.

10m platform: Pandelela gagal naik podium
Atlet dari Sarawak itu berharap akan dapat melakukan terjunan yang lebih konsisten dalam dua lagi acara yang akan disertainya.

Elak tekanan, Dhabitah tidak mahu fikir sangat soal podium di Birmingham
Nur Dhabitah Sabri enggan memikirkan soal memenangi pingat kerana itu hanya akan membuatkannya tertekan.

Sukan Komanwel Birmingham: Nur Dhabitah impi akhiri musim dengan nota gemilang
Fokusnya Nur Dhabitah kini terarah kepada pemantapan teknik terjunan serta keserasian menjelang Sukan Komanwel Birmingham.