Tiga penerjun lelaki negara, Ahmad Amsyar Azman, Muhammad Syafiq Puteh dan Ooi Tze Liang layak ke peringkat akhir acara terjun 1m papan anjal lelaki Sukan Komanwel 2018.
Dalam acara yang berlangsung di Optus Aquatic Centre, Ahmad Amsyar yang agak goyah pada permulaan, bangkit konsisten mengumpul 343.75 mata untuk kedudukan ketujuh.
Muhammad Syafiq yang membuat penampilan sulung pada temasya itu berada pada tempat kelapan selepas mengumpul 306.80 mata, diikuti Tze Liang pada kedudukan ke-10 dengan 302.30 mata.
Penerjun England yang juga juara bertahan Jack Laugher mengungguli kedudukan dengan jumlah 399.80 mata, diikuti penerjun Jamaica Yona Knight-Wisdom pada tempat kedua dengan 368.15, manakala tangga ketiga pula dihuni peserta Scotland James Healty dengan 366.05 mata.
Seramai 12 penerjun mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung 7 malam waktu tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 11 2018
Jurulatih Sukan Terjun Lelaki Christoper Brooker bersama Atlet Sukan Terjun Lelaki Ahmad Amsyar Azman, Chew Yiwei dan Ooi Tze Liang. - Foto BERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Amsyar yakin penerjun negara tetap ke Tokyo
Amsyar yakin bekas rakan sepelatihnya mampu merebut slot yang ditawarkan.
Terjun: Amsyar akui lakukan kesilapan
Amsyar mengakui kecewa apabila mengakhiri saingan Sukan Komanwel dengan insiden berkenaan tatkala dia sudah mengungguli kelompok 10 terbaik dalam empat terjunan awal.
Tiga penerjun lelaki layak ke final 1m papan anjal
Ahmad Amsyar Azman, Muhammad Syafiq Puteh dan Ooi Tze Liang layak ke peringkat akhir acara terjun 1m papan anjal lelaki Sukan Komanwel 2018.
Terjun: Amsyar lakar kejutan raih emas
Penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman, mengetepikan rakan senegara, Ooi Tze Liang, untuk meraih pingat emas dalam acara 1 meter papan anjal.
Amsyar korban raya demi negara
Amsyar sepatutnya kini sudah terbang ke China bersama rakan yang lain namun masalah visa menyebabkannya serta Cheong Jun Hoong terkandas di Malaysia.
Rio 2016: Cabaran Ooi Tze Liang dalam acara 10m platform terhenti
Ooi Tze Liang gagal layak ke separuh akhir acara 10m platform lelaki pada Olimpik Rio pada Jumaat.
Amsyar gemuruh menunggu keputusan FINA
Penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman berdebar menantikan pengumuman rasmi Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), 8 Mac depan sama ada layak ke Olimpik Rio 2016.