awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiket Terbuka Malaysia 2024 mula dijual Rabu ini

Bernama
Bernama
13/11/2023
20:30 MYT
Tiket Terbuka Malaysia 2024 mula dijual Rabu ini
Tiket langganan juga boleh diperoleh mulai 15 Nov ini kepada mereka yang mahu menikmati setiap detik perlawanan penuh aksi kejohanan Super 1000 ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiket-tiket Terbuka Malaysia 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 14 Jan depan di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini akan mula dijual pada pukul 11 pagi esok.
Apa yang lebih menarik, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan pada Isnin mengumumkan satu kempen pembelian awal yang menyediakan diskaun kepada peminat yang mendapatkan tiket mereka sebelum 15 Dis ini.
Selain daripada tiket individu, BAM memaklumkan tiket langganan juga boleh diperoleh mulai 15 Nov ini kepada mereka yang mahu menikmati setiap detik perlawanan penuh aksi kejohanan Super 1000 ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh dalam kenyataan sama menggalakkan setiap orang supaya mendapatkan tiket mereka awal.
"Terbuka Malaysia Petronas secara konsisten menghidangkan aksi badminton kelas dunia, dan kami teruja untuk menjadi hos acara berprestij ini sekali lagi.
"Ia merupakan peluang unik bagi peminat menyaksikan aksi hebat atlet sukan dan wira negara di atas pentas antarabangsa," katanya.
Peminat yang ingin membeli tiket boleh berbuat demikian di laman www.ticket2u.com.my .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#tiket
#Terbuka Malaysia Petronas 2024
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan