SEPANG: Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2023, memakan diri sendiri apabila terlibat kemalangan sekali gus menamatkan saingan di tempat tercorot, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Menceritakan detik kemalangan yang dialami ketika berbaki tiga pusingan, pelumba berusia 22 tahun yang lebih dikenali sebagai Damok di bawah kendalian pasukan MT Helmets-MSi berkata beliau ketika itu, sedang berusaha merapatkan jurang bersama pelumba di hadapan, kerana yakin mampu membutirkan mata.
"Saya memintas satu pelumba dan cuba untuk mengejar pelumba hadapan dan mungkin telah melebihi limit, jadi saya cuba untuk kejar dari selekoh dan saya hilang kawalan, mungkin kerana terlalu agresif.
"....sewaktu di pusingan ke-10, saya melihat berada di kedudukan (untuk kejar mata) jadi yakin boleh menamatkan saingan di kedudukan ke-13, namun bukan rezeki saya minggu ini," katanya yang menamatkan saingan di kedudukan ke-20 dengan 34 minit 25.180 saat.
Damok bagaimanapun kekal optimis masih mampu memberi saingan, apabila semakin menemui rentak untuk mengendali jentera KTM dengan berbaki dua lagi perlumbaan Grand Prix di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar (17-19 Nov) dan Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol (24-26 Nov).
"Saya harap pasukan kekalkan jentera yang sama untuk perlumbaan seterusnya, jadi saya lebih yakin ...berbaki dua pusingan ini, saya harap saya dapat menunjukkan sesuatu dan kutip mata," katanya.
Sementara itu, Collin Veijer dari Liqui Moly Husqvarna Intact GP merangkul kejuaraan Moto3 selepas mencatat masa 33:30.072s sementara rakan sepasukannya Ayumu Sasaki dari Jepun, menduduki tempat kedua dengan 33:30.138s, diikuti Jaume Masia dari Leopard Racing berada di tempat ketiga dengan 33:30.400s.
Sementara itu, pelumba wildcard Moto2 negara Helmi Azman daripada kumpulan Petronas MIE Racing RW, bersyukur apabila beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ke-23, setelah merekodkan 37:14.318s dengan selamat di hadapan peminat tempatan.
"Ini salah satu perlumbaan terbesar dalam hidup saya, jadi bersyukur sebab dapat habiskan perlumbaan di hadapan penonton yang sangat ramai. Sebelum ini saya berlumba tidak begitu ramai, di tahap sekarang memang tahap perlumbaan yang tinggi," katanya.
Seorang lagi wakil negara yang turut mendapat tiket wildcard, Azroy Hakeem Anuar mengakui kecewa selepas gagal menamatkan perlumbaan setelah terjatuh dua kali, ketika dalam litar SIC.
"Hari ini tak rasa positif langsung sebab pusingan pertama jatuh tapi tiada lakukan kesilapan, tahu-tahu saya jatuh dan sekali lagi terjatuh jadi saya tidak tahu sebab apa. Bila tanya dekat pasukan mereka kata mungkin kerana tayar," katanya.
Pelumba Beta Tools SpeedUp Fermin Aldeguer muncul juara di Sepang bagi kelas Moto2, selepas mencatatkan masa 36:04.378s diikuti Pedro Acosta dari Red Bull KTM Ajo di tempat kedua (36:11.506s) dan pelumba OnlyFans American Racing, Marcos Ramirez di kedudukan ketiga (36:13.936s).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
Pelumba negara, Syarifuddin Azman yang mewakili pasukan MT Helmets MSI beraksi pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang hari ini. - Foto Bernama
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.
Barcelona mungkin anjur perlumbaan kemuncak MotoGP 2024 - Dorna Sports
Ezpeleta berkata mereka sedang berbincang dengan kerajaan Catalonia untuk mengadakan perlumbaan terakhir di lokasi berkenaan.
MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia
Pelumba kelahiran Itali itu mengakui cabaran Litar de Catalunya selepas melalui pengalaman terjatuh di litar berkenaan pada Jun lalu.
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.
Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.
MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok
Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman terlibat dalam kemalangan pada penghujung perlumbaan pusingan kelayakan 1 bagi kelas Moto2 MotoGP Malaysia.
MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.
FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang
Walaupun masih berusia 12 tahun, dia optimis dengan latihan yang secukupnya mampu meningkatkan penggalamannya.
Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi
Moto GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu.
Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.