PERSEKUTUAN Tinju Malaysia (PTM) akan mengadakan semula Piala Agong pada tahun ini selepas lebih sedekad.
Menurut Presiden PTM Datuk Iruan Zulkefli, dia akan berbincang dengan ahli majlis tertinggi bagi memutuskan tarikh kejohanan itu dengan harapan ia boleh diadakan berdekatan sempena sambutan Hari Merdeka.
Kali terakhir Piala Agong dianjur adalah di Alor Setar pada 2012.
"Kami akan mengadakan semula Piala Agong, yang mana kami akan menjemput atlet-atlet dari luar negara. Terbuka kepada mana-mana negara untuk menyertai kejohanan ini.
"Ia supaya menarik minat kepada tinju dan untuk memberi peluang kepada atlet negara bertembung dengan atlet-atlet dari luar negara," katanya kepada Nadi Weekend semalam.
Sementara itu, enam slot untuk ke Sukan SEA Mei ini masih lagi terbuka buat 25 petinju terbaik negara.
Dan persiapan untuk temasya di Kemboja itu bakal berbeza berbanding edisi sebelum ini.
"Kali ini kami hanya akan hantar atlet negara berlatih sebulan di Thailand, berbanding sebelum ini dihantar ke Uzbekistan dan Kazakhstan.
"Walaupun Thailand bukan pusat tumpuan tinju, tapi ramai atlet luar yang tidak menyertai Sukan SEA datang berlatih di sana," katanya.
Astro Arena
Sun Jan 08 2023
IRUAN: Kita mahu menarik minat masyarakat kepada tinju dan beri peluang kepada atlet negara bersaing dengan atlet luar negara. - Foto Astro ARENA
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PDRM muncul juara ragbi Piala Agong selepas penantian 32 tahun
PDRM menjuarai kejohanan ragbi Piala Agong 2023 selepas menundukkan juara bertahan Putrajaya dengan keputusan 29-22 dalam perlawanan akhir di Stadium Ragbi Perak, di sini, pada Sabtu.
Piala Agong: Johor tidak gentar diundi dalam 'kumpulan maut'
Persediaan rapi telah dilakukan termasuk mengadakan perlawanan percubaan dengan tiga pasukan tempatan antaranya ATM.
Tinju Piala Agong kembali selepas lebih sedekad
Dia berharap kejohanan itu boleh diadakan pada tarikh berdekatan sambutan Hari Merdeka.
Negeri Sembilan juarai Piala Agong
Negeri Sembilan muncul juara bola sepak Piala Agong selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.