Negeri Sembilan muncul juara bola sepak Piala Agong selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang pada perlawanan pembuka tirai saingan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-76 tahun ini, dengan beberapa kali berbalas serangan tetapi gagal membuahkan hasil.
Namun tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi kapten pasukan, Antony Maniam yang menewaskan penjaga gol Perak, Mohd Naufal Jahaya menerusi tandukan hasil sepakan sudut sebelah kiri pintu gol lawan.
Peluang Negeri Sembilan menambah gol kedua hadir pada minit terakhir babak pertama tetapi sepakan Norfaizzal Faroq yang berjaya menewaskan pertahanan lawan dan Mohd Naufal hanya sekadar menggegarkan tiang sebelah kanan.
Bersambung babak kedua, Perak di bawah kendalian jurulatih Maamah Hajri Abd Wahad terus menggandakan asakan memburu gol dan memperoleh peluang keemasan dalam kawasan penalti Negeri Sembilan hasil lambungan bola daripada Muhd Ikmal Abd Rahim pada minit ke-55, namun gagal disempurnakan rakan sepasukan.
Bagaimanapun, Norfaizzal tidak menunggu lama untuk melebarkan jurang jaringan Negeri Sembilan pada minit ke-58 selepas menyepak bola muntah tepisan Mohd Naufal hasil sepakan kencang Mohd Shahrul A. Aziz dari sudut sebelah kiri pintu gol.
Keputusan 2-0 kekal hingga wisel penamat.
Sebagai juara, Negeri Sembilan memperoleh piala dan wang tunai RM10,000 manakala Perak membawa pulang wang tunai RM5,000. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2016
Pasukan Negeri Sembilan bergambar selepas muncul juara dalam perlawanan merebut Piala Agong di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. - Foto Bernama
Mesyuarat Khas WEF, Perdana Menteri dan Pemimpin Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Hubungan bilateral ASEAN tetap kukuh walaupun mungkin ada perbezaan- Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara tiada masalah menjalin hubungan dengan anggota ASEAN sebagai satu kumpulan walaupun mungkin terdapat perbezaan. Beliau berkata demikian ketika bercakap di World Economic Forum pada Ahad.
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Pelaburan dari negara luar, negara harus menyahut cabaran baharu-Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap di World Economic Forum pada Ahad mengakui bahawa dengan pelaburan daripada negara-negara luar, pelbagai cabaran yang baharu Kerajaan Malaysia harus sahut.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Negeri Sembilan juarai Piala Agong
Negeri Sembilan muncul juara bola sepak Piala Agong selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.