awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB padam hasrat Trebel THT, muncul juara piala TNB

Bernama
Bernama
31/03/2022
21:30 MYT
TNB padam hasrat Trebel THT, muncul juara piala TNB
Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjulang Piala TNB 2022 selepas menewaskan pasukan Terengganu Hockey Team (THT) 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memadam hasrat Terengganu Hockey Team (THT) meraih gelaran trebel musim ini, apabila mereka muncul juara Piala TNB dalam aksi di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi.
TNB menewaskan THT 3-2, bagi menidakkan kemaraan pasukan itu yang sebelum ini menjulang Piala Sumbangsih dan muncul juara Liga Hoki Malaysia (MHL).
Skuad TNB kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin, bermula cemerlang dengan beberapa cubaan seawal suku pertama bagi menguji gawang gol THT.
Ia akhirnya membuahkan hasil, apabila TNB mengejutkan THT dengan jaringan pukulan sudut penalti Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, pada minit ke-18.
Tersentak dengan jaringan pihak lawan, THT di bawah kendalian Roslan Jamaluddin cuba mencari ruang menjaringkan gol, namun tidak berhasil sehingga menjengah suku ketiga perlawanan.
TNB yang terus mempamerkan permainan menyerang sekali lagi menghukum THT dengan jaringan kedua, hasil pukulan sudut penalti Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-39 menjadikan kedudukan 2-0 buat TNB.
THT menjadikan permainan lebih menarik apabila bangkit menyumbat dua gol jaringan padang Muhammad Marhan Mohd Jalil dan Ismail Abu masing-masing pada minit ke-49 dan ke-50 perlawanan, bagi menjadikan kedudukan 2-2.
Tidak mahu mengheret perlawanan ke penentuan pukulan penalti, TNB merobek gol THT di saat akhir hasil jaringan padang Muhammad Amirul Hamizan Azhar pada minit ke-60, untuk mencatat kemenangan 3-2 serta muncul juara Piala TNB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#THT
#Piala TNB
#Nor Saiful Zaini Nasiruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan