awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kerajaan utamakan projek yang beri manfaat kepada rakyat - PM Anwar
MALAYSIA
Dua beranak maut, lori terbalik tayar pecah
DUNIA
Pertelingkahan makin tegang, Trump ancam tarik subsidi Tesla, SpaceX
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Tokoh korporat bakal terajui TFC musim ini

Bernama
Bernama
01/07/2025
14:57 MYT
Tokoh korporat bakal terajui TFC musim ini
Terengganu FC (TFC) bakal diterajui tokoh korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu selaras dengan pelan penswastaan penuh kelab berkenaan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.
KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) bakal diterajui tokoh korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu selaras dengan pelan penswastaan penuh kelab berkenaan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim, yang memaklumkan bahawa beberapa calon telah disenarai pendek dan kini berada di peringkat akhir pemilihan.
Menurutnya satu sesi temu duga tertutup dijadualkan berlangsung minggu depan bagi menilai calon paling layak dan berkredibiliti untuk menerajui pengurusan TFC secara profesional.
""Kali ini kita akan membawa tokoh korporat bagi menguruskan kelab TFC. Sudah tiba masa kita beralih sepenuhnya kepada model penswastaan demi kelangsungan dan perkembangan kelab,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Terengganu Football Sdn Bhd (TFCSB) dan Kumpulan Terengganu Incorporated (Trg Inc) di sini hari ini.
Hishamuddin berkata pelantikan CEO baharu itu akan diumumkan selewat-lewatnya penghujung bulan ini, tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah TFCSB.
Pada majlis itu, Trg Inc menyerahkan penajaan berjumlah RM1.65 juta kepada TFC bagi menyokong persiapan menghadapi cabaran Liga Malaysia musim depan.
Penyerahan tajaan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Trg Inc, Datuk Buehanuddin Hilmi Mohamed yang memaklumkan bahawa jumlah tersebut meningkat sebanyak RM150,000 berbanding musim lepas
"Kami percaya kekuatan pasukan bola sepak bukan sahaja bergantung kepada prestasi di padang tetapi turut memerlukan sokongan korporat, pengurusan profesional dan keterlibatan masyarakat secara menyeluruh," katanya.
Beliau berkata kerjasama strategik itu juga diyakini dapat meningkatkan keterlibatan jenama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri menerusi platform yang ditawarkan TFC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#TFC
#tokoh korporat
#Ketua Pegawai Eksekutif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami