awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Atlet bola tampar mengaku tidak bersalah selepas positif doping

Astro Arena
Astro Arena
07/08/2021
02:01 MYT
Tokyo 2020: Atlet bola tampar mengaku tidak bersalah selepas positif doping
Jawatankuasa Olimpik Brazil mengumumkan perkhabaran mengenai ujian positif Tandara (gambar) sejurus sebelum tamat separuh akhir Brazil menentang Korea Selatan. - Foto Astro ARENA
PEMAIN bola tampar skuad Brazil yang digantung ketika bersaing dalam Sukan Olimpik Tokyo telah mendakwa bahan terlarang yang dijumpai dalam ujian yang dilakukan bulan lalu diperkenalkan secara tidak sengaja ke dalam sistem badannya.
Dalam surat yang dikeluarkan oleh peguamnya semalam, Tandara Caixeta, yang telah meninggalkan kem pasukan dan terbang pulang ke Brazil, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi mengatakan bahawa dia tidak sengaja mengambil Ostarina, ubat yang digunakan oleh atlet bina badan dan untuk meningkatkan prestasi.
"Kami sepenuhnya percaya bahawa kami akan membuktikan Ostarina memasuki organisma atlet secara tidak sengaja dan bahawa ia tidak digunakan untuk meningkatkan prestasi sukan," menurut surat peguam tersebut.
"Baru-baru ini, banyak atlet Brazil menjadi mangsa insiden yang melibatkan Ostarina," tambahnya, tanpa menjelaskan lebih lanjut.
Jawatankuasa Olimpik Brazil mengumumkan perkhabaran mengenai ujian positif atlet itu sejurus sebelum tamat separuh akhir Brazil menentang Korea Selatan.
Brazil menang 3-0 untuk layak ke perlawanan pingat emas bertemu Amerika Syarikat.
Ujian doping tersebut dilakukan di pusat latihan bola tampar Brazil 7 Julai lalu, jelas Jawatankuasa Olimpik Brazil lagi.
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#Tandara Caixeta
#atlet
#bola tampar
#Sukan Olimpik Tokyo
#kem pasukan
#Brazil
#Olimpik Tokyo
#olimpik 2020
#positif doping
#Ostarina
#ubat
#ujian doping
#bina badan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan