awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Azizulhasni bina otot demi acara pecut berbasikal trek

Astro Arena
Astro Arena
03/08/2021
22:00 MYT
Tokyo 2020: Azizulhasni bina otot demi acara pecut berbasikal trek
Dia kini di tahap terbaik kariernya apabila berat badannya mencapai 74kg. - Stadium Astro
TOKYO: Acara pecut berbasikal trek Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang membuka tirai hari ini tetap menjadi keutamaan Datuk Azizulhasni Awang yang sudah berusaha keras untuk memantapkan fizikalnya sejak tiga tahun lalu.
Dia kini di tahap terbaik kariernya apabila berat badannya mencapai 74kg -- hampir sama ketika merangkul dua pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia Berlin tahun lalu.
Ujian yang dijalankan Institut Sukan Negara (ISN) ketika beberapa hari sebelum berlepas ke Jepun menunjukkan daya pecutannya semakin meningkat.
Ia bukan sahaja dipacu oleh jentera WXR ataupun sut perlumbaan yang akan digunakan Azizul, malah jaguh berbasikal trek dari Dungun, Terengganu itu turut mencukur kesemua bulu badannya bagi mengurangkan rintangan angin di Velodrom Izu hari ini.
"Acara pecut ini agak berbeza sedikit berbanding keirin kerana ia lebih banyak menggunakan saiz fizikal.
"Memandangkan fizikal saya yang lebih kecil dengan ototnya jauh kurang jika dibandingkan pelumba Eropah, jadi saya perlukan masa untuk membentuknya.
"Sejak tiga tahun lalu saya selalu katakan tentang usaha membentuk otot untuk membantu saya dalam acara pecut," katanya di Nadi Arena pada Selasa.
Azizul menggegar Berlin tahun lalu untuk merangkul pingat gangsa dengan memperbaharui rekod Asia dan kebangsaan dengan catatan 9.548 saat.
Justeru, The Pocket Rocketman menyifatkan ia sebagai ransangan buatnya untuk berkayuh lebih laju dalam acara pecut sebelum menumpukan perhatian kepada keirin yang merupakan acara kegemarannya di samping rakan sepasukan, Shah Firdaus Sahrom.
"Dalam Kejohanan Dunia terakhir, ia membantu saya untuk memecah rekod Asia dan kebangsaan selain mengalahkan pelumba handalan dalam acara pecut ini.
"Mereka amat menghormati (usaha saya) dan mereka tidak pandang mudah.
"Mata mereka sering terarah pelumba Malaysia. Mereka tengok basikal dan juga keadaan kami termasuk cara persiapan kami.
"Biasalah itu sebagai perang psikologi, saya pun tidak kisah sangat.
"Cuma kami menjadi perhatian kerana saya rasakan kami juga adalah pencabar utama untuk menang pingat emas Sukan Olimpik," katanya.
Sumber Facebook azizulawangofficial
Topic Berkaitan
#basikal
#Azizulhasni Awan
#Tokyo 2020
#Olimpik Tokyo
#olimpik 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan