CONAKRY: Selepas beberapa rundingan dibuat, Guinea akhirnya memutuskan untuk menyertai Olimpik Tokyo 2020, memetik sumber rasmi pada Khamis.

Ketika dihubungi Xinhua, Ketua Setiausaha Kementerian Sukan Isto Keira mengesahkan keputusan terbaharu Menteri Sukan Sanoussy Bantama Sow itu.

Keputusan itu dibuat susulan surat yang dihantar Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa kepada pihak berkuasa Guinea pada Khamis.

Guinea sedang membut persiapan untuk membolehkan atletnya berlepas ke Tokyo pada Khamis malam.

Negara itu akan diwakili lima atlet termasuk tiga wanita.

Sebelum ini, menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada presiden jawatankuasa olimpik dan sukan Guinea, Menteri Sukan memaklumkan Guinea menarik diri berikutan pandemik COVID-19.

-- BERNAMA