awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Irie sasar gelaran dunia, kemudian mahu cari kerja tetap

Astro Arena
Astro Arena
04/08/2021
01:15 MYT
Tokyo 2020: Irie sasar gelaran dunia, kemudian mahu cari kerja tetap
Irie berkata dia mahu mengakhiri kariernya dengan kejayaan. - Stadium Astro
TOKYO: Atlet Jepun, Sena Irie, memenangi pingat emas pertama dalam acara tinju Tokyo 2020 kemudian mengakui; "Sudah tiba masa saya mencari kerja tetap".
Atlet berusia 20 tahun yang lemah lembut itu menjadi wira Olimpik pasukan tuan rumah dengan mengatasi Nesthy Petecio dari Filipina bagi kategori featherweight wanita.
Petecio memenangi pusingan kedua menerusi keputusan hakim, tetapi Irie yang berjaya memastikan kemenangan menerusi keputusan sebulat suara.
Dia melompat keriangan sebelum menitis air mata kegembiraan, selepas pantas mempamerkan peningkatan dalam karier tinju apabila meraih perak dalam saingan kelayakan Asia dan Oceania 18 bulan yang lalu.
Irie turut menamatkan saingan di tempat kelima Kejohanan Tinju Dunia AIBA 2019 dan mengakui mahu merangkul gelaran dunia sebelum bersara.
Irie tidak kelihatan dalam tinju untuk jangka masa panjang, walaupun dia berbangga meraih pingat emas.
"Saya hanya mahu memenangi pingat emas sekali lagi dalam Kejohanan Dunia," katanya. "Saya juga harus mula mencari kerja tetap.
"Saya mahu mengakhiri karier saya dengan kejayaan, jadi saya akan bersara [dari tinju] setelah tamat pengajian di kolej. Saya mahu bekerja untuk syarikat permainan video.
"Ia merupakan satu penghormatan bagi saya untuk memenangi pingat emas pertama untuk Jepun dalam tinju wanita. Saya bukan atlet yang berbakat namun saya berasakan telah menunjukkan kepada wanita Jepun jika anda berusaha, anda mampu mencapai sesuatu."
Irie Sena triumphs on home soil and wins gold in the women's #Boxing featherweight category!@Japan_Olympic pic.twitter.com/Kpkz2XlydG
— Olympics (@Olympics) August 3, 2021
Dia menyatakan harapan bahawa tinju wanita akan berkembang di Jepun berula daripada hasil kejayaannya, dengan mengatakan, "Orang mungkin menganggap wanita yang bertinju ganas dan mempunyai sifat kasar, tetapi saya rasa saya membuktikan tidak sama sekali."
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#tinju
#Sena Irie
#pingat emas
#Jepun
#featherweight
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan