awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Jawatankuasa Olimpik gesa atlet henti gigit pingat kitar semula

Astro Arena
Astro Arena
27/07/2021
02:33 MYT
Tokyo 2020: Jawatankuasa Olimpik gesa atlet henti gigit pingat kitar semula
Antara atlet yang menggigit pingat mereka di Tokyo adalah Anastasija Zolotic (gambar) dari AS, yang memenangi emas dalam taekwondo 57kg. - Foto Astro ARENA
JAWATANKUASA Olimpik menggesa atlet untuk berhenti menggigit pingat yang dibuat daripada telefon bimbit kitar semula.
Ini menjadi bukan perkara asing di podium Olimpik: atlet yang menang, segar selepas mendengar lagu kebangsaan mereka dan melihat bendera mereka dikibarkan tinggi, sepertinya tidak tahan untuk menggigit pingat emas mereka.
Kebiasaan itu menyebabkan ramai yang khuatir di media sosial, dan diingatkan oleh jawatankuasa penganjur Tokyo 2020 bahawa hadiah kemenangan itu tidak seharusnya digigit.
"Kami hanya ingin mengesahkan secara rasmi bahawa pingat #Tokyo2020 tidak boleh dimakan," menerusi akaun Twitter rasmi Tokyo 2020 Ahad lalu.
"Pingat kami dibuat daripada bahan yang dikitar semula daripada alat elektronik yang disumbangkan oleh masyarakat Jepun.
"Jadi, anda tidak perlu menggigitnya... tetapi kami tahu anda masih akan melakukannya."
Antara atlet yang menggigit pingat mereka di Tokyo adalah Anastasija Zolotic dari AS, yang memenangi emas dalam taekwondo 57kg; Ryan Murphy, setelah dia mendapat tempat pertama 100 meter kuak lentang; dan penerjun Great Britain, Tom Daley.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Olimpik
#gigit pingat
#gigit
#pingat
#Olimpik
#Tokyo
#Sukan Olimpik Tokyo
#Telefon bimbit
#kitar semula
#atlet
#podium
#hadiah
#media sosial
#alat elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan