awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Pengarang tanjak bangga hasil seni jadi tatapan dunia

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
23/07/2021
16:41 MYT
Tokyo 2020: Pengarang tanjak bangga hasil seni jadi tatapan dunia
Ia adalah hasil tangan daripada warga kerja Astro AWANI, Sallehin Hussain yang juga merupakan pengarang tanjak dari Tanjakfansuri. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kemasan tanjak yang diperagakan oleh kontinjen negara pada acara pembukaan temasya Olimpik Tokyo 2020 menarik perhatian ramai.
Jika anda ingin tahu, ia adalah hasil tangan daripada warga kerja Astro AWANI, Sallehin Hussain yang juga merupakan pengarang tanjak dari Tanjakfansuri.
Dia yang sememangnya meminati pakaian tradisional warisan Melayu itu akui rasa teruja sebaik melihat tanjak hasil tangannya menjadi tatapan jutaan rakyat dari seluruh dunia.
“Pada awalnya, saya rasa macam tidak percaya rekaan tanjak saya terpilih untuk dibawa ke acara pembukaan temasya Olimpik 2020.
“Mulanya, saya tidak percaya yang tanjak saya ini terpilih, pihak penganjur minta saya buat dua contoh tanjak yang mana mereka hantar pada saya kain dan saya buatkan tanjak itu.
“Jadi, apabila pihak tersebut telah berbincang dengan pihak terlibat dan mereka pun bersetuju. Maka, mereka pun hubungi saya balik untuk membuat pesanan mengikut amaun yang diinginkan," luahnya.
BACA: Olimpik 2020: Identiti Malaysia terserlah indah di acara perbarisan
Sallehin yang menyaksikan upacara pembukaan temasya Olimpik Tokyo 2020 itu menyatakan rasa kagum apabila melihat tanjak yang dihasilkannya itu dipakai oleh kontinjen lelaki negara.
“Perasaan itu berkobar-kobarlah sementara menunggu giliran kontinjen kita di acara perbarisan itu, sejak awal perbarisan lagi saya dan anak-anak sudah tunggu depan televisyen.
“Dia punya rasa berdebar-debar itu macam saya yang nak bertanding di Olimpik, memang sukar untuk saya ungkapkan tetapi memang seronok rasanya.
“Apabila sampai sahaja giliran kontinjen malaysia itu, satu rumah itu riuh dengan anak-anak saya dan isteri saya semua riuh, memang rasa teruja dan banggalah apabila busana kita diperagakan di pentas dunia,” kata Sallehin.
Terdahulu, atlet negara melengkapkan langkah perbarisan di acara pembukaan Olimpik Tokyo 2020 dengan penuh rasa bangga.
Berpakaian segak bergaya, yang diinspirasikan dari pemakaian Laksamana Hang Tuah bagi atlet lelaki dan lengkap berdokoh serta berselendang bagi persalinan wanita.
Identiti Malaysia terserlah dengan pakaian yang berasal dari hasil rekaan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Kontinjen Negara | Pereka tanjak bangga hasil seni jadi tatapan dunia
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#olimpik 2020
#Olimpik Tokyo
#Tanjak Fansuri
#kontinjen malaysia
#Sallehin Hussain
#Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
#Universiti Teknologi MARA
#UiTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan