awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TSG menang lagi di Turki menerusi kayuhan Carlos di GP Gundogmus

Bernama
Bernama
07/03/2021
22:15 MYT
TSG menang lagi di Turki menerusi kayuhan Carlos di GP Gundogmus
Carlos menyudahkan perlumbaan 103.5 kilometer itu untuk gelaran juara sementara Metkel Eyob dari Eritrea di tempat kedua dan Franklin Archibold di kedudukan ketiga. - FB Terengganu Cycling Team
KUALA LUMPUR: Turki terus menjadi medan Terengganu Cycling Team (TSG) memburu kejayaan dengan pelumbanya Carlos Quintero dari Colombia memenangi Grand Prix (GP) Gundogmus semalam.
Pelumba berusia 35 tahun itu menyudahkan perlumbaan 103.5 kilometer itu untuk gelaran juara keduanya selepas memenangi GP Velo Alanya dua minggu lepas sementara rakan sepasukan Metkel Eyob dari Eritrea di tempat kedua dan Franklin Archibold daripada pasukan "Panama es Cultura y Valores" di kedudukan ketiga.
"Saya amat gembira begitu juga pasukan, kami sentiasa bersama di sepanjang perlumbaan. Bagaikan tak percaya," katanya dalam klip video mengenai reaksi kemenangannya yang diperoleh daripada TSG.
Sehari sebelum kemenangan pertama Carlos, pelumba pecut Malaysia Mohd Harrif Saleh menjuarai GP Velo Manavgat, satu lagi perlumbaan berstatus 1.2 dalam kalendar Jelajah Eropah Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Sementara itu dalam GP Mediterrennean pada Sabtu, Mohd Harrif menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala rakan sepasukan Irwandie Lakasek dan Wan Abdul Rahman Hamdan masing-masing di kedudukan keenam dan kelapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TSG
#basikal
#Turki
#Carlos Quintero
#Colombia
#GP Gundogmus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan