Skip to main content

Sukan

T-Team lantik Che Ku Marzuki sebagai jurulatih

81374155650_295x200.jpg
T-Team melantik Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor sebagai jurulatih bagi menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rashid Jusoh berkata jurulatih Eduardo Almeida dari Portugal ditugaskan semula untuk mengendalikan Akademi Bolasepak Young Titans.

Che Ku Marzuki pada mulanya dilantik menggantikan Peter Butler yang disingkir semasa menghadapi kempen Liga Super.

Bagaimanapun Che Ku Marzuki digantikan pula oleh Eduardo apabila beliau gagal meningkat prestasi T-Team.

Eduardo kemudiannya berjaya mengekalkan T-Team di persada Liga Super musim depan.

Advertisement

Must Watch Video